Photobucket

SaINg3

MARI PAKAT FOLOW

1 KLIKAN ANDA...PERTUNANGAN SAYA MAKIN HAMPIR

klik jika berani

1BLOGGER 1MALAYSIA

12.2.11

SUARA HATI PART 1

        Dia ditemui dengan keadaan yang menggerikan. Jasadnya dipenuhi ulat liar, mulutnya hancur. Mungkin inilah balasan Allah kepadanya yang suka menganiayai anak yatim persis anakku. Tidak terdetik sekalipun di mindaku ini untuk menyesal kerana meninggalkannya yang dahulunya teman rapatku untuk berceloteh. Aku sama sekali tidak menyangka dia akan melakukan kerja terkutuk kepada anak saudaraku yang kubur ibunya masih merah ditanam minggu lepas. Ayahnya pula tidak ubah seperti mayat hidup yang hilang arah tujuan setelah isterinya yang tercinta pergi jauh meninggalkannya. Aku sebagai bapa saudara bertanggungjawab akan anak kecil ini, Maya yang tidak pernah merasa kebebasan dunia.

     Sudah banyak benar aku mendengar cerita tentang bakal tunanganku, Izzati yang kononya suka mendera Maya semasa aku menghantarnya kepada beliau sementara aku pergi bekerja. Tidak pernah terlintas di hatiku lebam-lebam yang muncul di badan Maya adalah penderaan. sementelah dengan sikap Maya yang lebih suka berdiam diri apabila aku bertanya. Aku yang tolol dan tidak pernah sedar ini, hanya mengganggap itu satu kemalangan biasa. 

    suatu hari, aku yang ingin memberi kejutan Hari Jadi Maya telah berkunjung ke rumah Izzati tiga jam awal daripada biasa. Di fikiranku terbayang akan riak wajah Maya yang menyambutku dengan penuh kegembiraan apatah lagi dengan hadiah dan juga kek yang aku sediakan. setibanya aku di luar pagar, hanya Allah sahaja yang tahu akan peritnya hati ini. 

Astaghfirullahalazzim....

    Maya diperlakukan oleh Izzati seperti seekor kucing. Makanan Maya diletakkan sekali dengan makanan kucing peliharaannya. Aku melihat Maya dipaksa makan oleh Izzati, ditampar-tampar, dijolok-jolok mulut Maya. Kakinya tidak lepas daripada menendang pinggang Maya. 

    "sakit..kak...sakit..." katanya lagi sambil melawan dengan mengeleng-gelengkan kepalanya kerana tidak sanggup untuk makan makanan  kucing

     "kau tahu sakit...yang kau nak hantar kau ni kat rumah aku kenapa?nasib baik dia tu bakal tunangan aku.Kalau tak sampai sekarang aku tak sanggup jaga kau..BODOH...BENGONG..." katanya sambil tangannya mencapai sebatang penyapu dan terus dihayunkan kepada kepala Maya

"Izzayi!!!" laungku dari luar dengan perasaan yang membara dan terkejut.

Pang!!! satu tamparan yang aku rasakan tidak pernah ada yang terkena sebelum ini.

"Kau tu yang bodoh..kau tu yang tolol..kalau macam ni la gaya kau nak jadi isteri aku...sampai mati pun aku takkan pernah kahwin dengan kau..puihhh." marahku sambil meludah dan terkena kakinya.

Aku dengan pantas mendukung Maya yang baru berumur 3 tahun berlalu pergi dari situ tanpa menghiraukan tangisan Izzati yang palsu.

"Ucu...Ucu tengok apa tu." Suara Maya di sebelahku mengejutkan lamunanku. Tindakannya dahulu tidak akan pernah aku maafkan, disebabkan Izzati anak saudaranya ini mengalami trauma dan tidak berani untuk berjumpa dengan orang ramai. 

" Ucu tengok orang kemalangan tadi,.." kataku sambil menekan minyak dan terus beredar dari situ sebelum Maya menjerit kerana bertembung lagi dengan Izzati apatah lagi dalam keadaan yang sebegini. 

2 comments:

Unknown said...

alamak ..
terbaca lak..
akak tak suka cerita sedih..
tambah2 melibatkan anak2..
huhu..

ATikah Mustapa said...

k.diana:xsuke ke??ala janganlah...buat pengajaran je

klik kalau berani

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kite nak tunang..leh tlg support x??

My PoWEr RANgERS

My Blog List