Photobucket

SaINg3

MARI PAKAT FOLOW

1 KLIKAN ANDA...PERTUNANGAN SAYA MAKIN HAMPIR

klik jika berani

1BLOGGER 1MALAYSIA

Showing posts with label koleksi cerpen. Show all posts
Showing posts with label koleksi cerpen. Show all posts

25.2.11

KASIH SEORANG MURID

Suatu hari saat mentari memancarkan sinarnya, cikgu Shikin asyik mengajar anak didiknya yang ketandusan ilmu. Terjerit-jerit suaranya untuk memastikan pelajarnya tidak leka dengan pengajaran hari ini.Satu persatu sehinggalah satu suara anak didiknya yang bernama Azri  yang dianggap sering kurang hajar dengannya.

Azri: cikgu...cikgu....(panggil Azri sambil mengangkat tangan kanannya, sementara tangan kirinya memegang meja dengan kuat. Mukanya seolah-olah sedang mengawal kmarahan)

cikgu itu memang mendengar panggilan Azri, namun dia teringat pada nasihat pensyarahnya dahulu, Dr. Idris bahawa budak2 yang hyperaktif gaya Azri ni tak perlu ambil pusing sngat..dengan nasihat bernas pensyarahnya itu, cikgu Shikin buat2 tak nampak akan kelibat Azri. PElajarnya yang lain ada yang suka dengan tingkahlaku Azri dan ada yang marah kerana mengganggu pelajarnya.

semakin lama Azri semakin berani....dia melangkah setapak ke hdapan....dan terus berada di belakang cikgu Shikin....semakin lama semakin dekat..

cikgu Shikin yang kebetulan masa itu sedang asyik menulis di papan hitam...terasa bontotnya disentuh dari belakang...mukanya terasa tebal tetiba....terus berpaling dan terkejut melihat Azri yang sedang tersengih...

PANGGG!!!!...

satu tamparan kuat mengenai pipinya...Azri yang terkejut dan terus menngis..cikgu Shikin terduduk.

seorang murid perempuan menghampirinya

"cikgu Shikin...kenapa marah Azmil??"
dia juz nak tolong je.....

cikgu Shikin terkejut.

tanpa sempat berkata ape2...perempuan itu menunjukkan sesuatu di belakang bajunya...








........................................apakah yang akan terjaddi pada Azri???kenapa Azri bersikap kurang ajar??apa yang ada di belakang cikgu Shikin???


pliz lawat this website untuk tahu lebih lanjut......memori 

12.2.11

SUARA HATI PART 1

        Dia ditemui dengan keadaan yang menggerikan. Jasadnya dipenuhi ulat liar, mulutnya hancur. Mungkin inilah balasan Allah kepadanya yang suka menganiayai anak yatim persis anakku. Tidak terdetik sekalipun di mindaku ini untuk menyesal kerana meninggalkannya yang dahulunya teman rapatku untuk berceloteh. Aku sama sekali tidak menyangka dia akan melakukan kerja terkutuk kepada anak saudaraku yang kubur ibunya masih merah ditanam minggu lepas. Ayahnya pula tidak ubah seperti mayat hidup yang hilang arah tujuan setelah isterinya yang tercinta pergi jauh meninggalkannya. Aku sebagai bapa saudara bertanggungjawab akan anak kecil ini, Maya yang tidak pernah merasa kebebasan dunia.

     Sudah banyak benar aku mendengar cerita tentang bakal tunanganku, Izzati yang kononya suka mendera Maya semasa aku menghantarnya kepada beliau sementara aku pergi bekerja. Tidak pernah terlintas di hatiku lebam-lebam yang muncul di badan Maya adalah penderaan. sementelah dengan sikap Maya yang lebih suka berdiam diri apabila aku bertanya. Aku yang tolol dan tidak pernah sedar ini, hanya mengganggap itu satu kemalangan biasa. 

    suatu hari, aku yang ingin memberi kejutan Hari Jadi Maya telah berkunjung ke rumah Izzati tiga jam awal daripada biasa. Di fikiranku terbayang akan riak wajah Maya yang menyambutku dengan penuh kegembiraan apatah lagi dengan hadiah dan juga kek yang aku sediakan. setibanya aku di luar pagar, hanya Allah sahaja yang tahu akan peritnya hati ini. 

Astaghfirullahalazzim....

    Maya diperlakukan oleh Izzati seperti seekor kucing. Makanan Maya diletakkan sekali dengan makanan kucing peliharaannya. Aku melihat Maya dipaksa makan oleh Izzati, ditampar-tampar, dijolok-jolok mulut Maya. Kakinya tidak lepas daripada menendang pinggang Maya. 

    "sakit..kak...sakit..." katanya lagi sambil melawan dengan mengeleng-gelengkan kepalanya kerana tidak sanggup untuk makan makanan  kucing

     "kau tahu sakit...yang kau nak hantar kau ni kat rumah aku kenapa?nasib baik dia tu bakal tunangan aku.Kalau tak sampai sekarang aku tak sanggup jaga kau..BODOH...BENGONG..." katanya sambil tangannya mencapai sebatang penyapu dan terus dihayunkan kepada kepala Maya

"Izzayi!!!" laungku dari luar dengan perasaan yang membara dan terkejut.

Pang!!! satu tamparan yang aku rasakan tidak pernah ada yang terkena sebelum ini.

"Kau tu yang bodoh..kau tu yang tolol..kalau macam ni la gaya kau nak jadi isteri aku...sampai mati pun aku takkan pernah kahwin dengan kau..puihhh." marahku sambil meludah dan terkena kakinya.

Aku dengan pantas mendukung Maya yang baru berumur 3 tahun berlalu pergi dari situ tanpa menghiraukan tangisan Izzati yang palsu.

"Ucu...Ucu tengok apa tu." Suara Maya di sebelahku mengejutkan lamunanku. Tindakannya dahulu tidak akan pernah aku maafkan, disebabkan Izzati anak saudaranya ini mengalami trauma dan tidak berani untuk berjumpa dengan orang ramai. 

" Ucu tengok orang kemalangan tadi,.." kataku sambil menekan minyak dan terus beredar dari situ sebelum Maya menjerit kerana bertembung lagi dengan Izzati apatah lagi dalam keadaan yang sebegini. 

klik kalau berani

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kite nak tunang..leh tlg support x??

My PoWEr RANgERS

My Blog List