Photobucket

SaINg3

MARI PAKAT FOLOW

1 KLIKAN ANDA...PERTUNANGAN SAYA MAKIN HAMPIR

klik jika berani

1BLOGGER 1MALAYSIA

8.4.10

PPSMI...KEBURUKAN DAN KEBAIKAN????

1.0 Pengenalan
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) merupakan satu dasar pendidikan baharu yang telah dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad  semasa  pentadbiran beliau. Sepanjang proses pelaksanaannya, ia telah mendapat bantahan dari pelbagai pihak, sehinggalah pada 8 Julai 2009, Tan Sri Muhyidin Yassin yang juga merupakan Menteri Pelajaran telah mengambil langkah berani dengan memansuhkan dasar PPSMI ini bermula pada tahun 2012.
            Dasar ini telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002. Berdasarkan Kementerian Pelajaran Malaysia, dasar ini dilaksanakan secara berperingkat dan ia bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk Peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.
            Dasar ini secara ringkasnya boleh dikatakan sebagai satu dasar yang menggunakan bahasa Inggeris bagi menggantikan bahasa Melayu untuk mendedahkan pelajar mengenai mata pelajaran Sains dan Matematik. Hal ini telah menimbulkan pelbagai reaksi pihak tertentu seperti Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat, Dewan Bahasa dan Pustaka, GAPENA dan sebagainya. Mereka berpendapat bahawa pelaksanaan PPSMI ini akan memberi banyak kesan terhadap bangsa dan agama.
2.0 Kesan Positif kepada Bangsa dan Negara
Sejak dasar ini diperkenalkan pada tahun 2003 sehinggalah kepada keputusan untuk dimansuhkan bermula tahun 2012, isu ini sering mendapat pandangan negatif. Terdapat pelbagai kenyataan bahawa dasar ini akan melenyapkan jati diri dan budaya orang Melayu. Alasan ini diberikan oleh mereka yang berfikiran sempit sedangkan dasar ini sepatutnya dilihat melalui perspektif pada mula ia dilaksanakan. Kementerian Pelajaran telah melaksanakan PPSMI ini sejak tahun 2003 berdasarkan kepada persetujuan jemaah Menteri. Keputusan yang diambil itu adalah salah satu langkah ke hadapan yang sangat pragmatik selaras dengan wawasan 2020 untuk menzahirkan Malaysia sebagai sebuah negara maju mengikut acuan sendiri.  (Utusan Malaysia, 3 Mac 2009). Pelaksanaan dasar ini memberi kesan yang positif kepada pelbagai pihak.
2.1         Kesan kepada Pelajar
Inilah tujuan sebenar PPSMI diperkenalkan iaitu untuk mendedahkan pelajar kepada masa depan yang cenderung kepada era globalisasi. Penggunaan Bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik jika dinilai dari sudut yang positif ia akan membantu pelajar jika mereka ke luar negara dan sebaliknya, kerana di peringkat antarabangsa sekalipun, Inggeris dijadikan sebagai bahasa pengantar untuk berkomunikasi dengan bangsa lain. Kesan ini seharusnya dilihat daripada kesan jangka masa yang panjang. PPSMI ini bukan bertujuan mendera pelajar, tetapi untuk meningkatkan martabat bangsa dan Negara kita.(Utusan Malaysia, Julai 2009)
Dasar ini merupakan satu platform atau peluang kepada pelajar untuk mendalami bahasa Inggeris dengan lebih mudah. Seharusnya pihak pembangkang perlu memikirkan ke arah masa depan, iaitu semua syarikat kini tidak kira swasta atau kerajaan telah menetapkan syarat iaitu fasih berbahasa Inggeris untuk bekerja. Jika PPSMI ini dimansuhkan maka anak-anak tidak akan berpeluang untuk mendalami bahasa Inggeris kerana dalam seminggu, cuma beberapa jam sahaja subjek bahasa Inggeris didedahkan sedangkan semua maklumat dalam internet dan sebagainya terlalu banyak dalam Bahasa Inggeris. Jika aspek ini diabaikan, kemungkinan besar generasi seterusnya akan ketinggalan jauh dengan kemajuan dunia yang semakin dikuasai oleh bahasa Inggeris. Bahasa Melayu tidak akan tercabar walaupun PPSMI dilaksanakan kerana ia merupakan bahasa pertuturan masyarakat seharian. (Utusan Online,Mac 2009).
Jika dilihat kepada reaksi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi pendidikan (Page) pula, mereka mahu sekolah aliran kebangsaan diberi pilihan untuk meneruskan dasar PPSMI ini. Syor yang telah dibuat oleh Page di tujuh sekolah di Selangor dan Kuala Lumpur baru-baru ini mendapati purata sebanyak 97 peratus ibu bapa mahu sekolah anak-anak mereka diberi pengecualian daripada pemansuhan PPSMI. Tujuan mereka bukan untuk membantah pemansuhan PPSMI, tetapi mahu sekolah diberi pilihan kerana anak mereka mendapat manfaat daripada pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. (Utusan Malaysia online, 23 Oktober 2009)
2.2         Kesan kepada Nasionalisme
Nasionalisme merujuk kepada semangat cinta akan negara. Ramai yang menganggap apabila PPSMI ini dilaksanakan, bahasa Melayu akan ketinggalan.  Mempelajari Bahasa Inggeris ini tidak berbeza daripada menghantar penuntut kita ke luar negara dan sebagainya kerana mereka pergi belajar sebagai orang melayu dan akan pulang tanpa menjejaskan kemelayuan mereka. Melalui hal ini juga mereka menjadi lebih bersemangat untuk membantu memartabatkan negara ini supaya setanding dengan negara maju yang lain seperti China, Jepun dan sebagainya.
Sains dan Matematik adalah satu bidang ilmu yang sangat dinamik dengan pelbagai inovasi dan penemuan baharu yang berlaku hampir setiap hari melalui penyelidikan dan pembangunan. Bidang ini merupakan asas penting kepada kemajuan dan pembangunan. Sebahagian besar maklumat terkini mengenai sains dan teknologi ditulis atau disampaikan dalam bahasa Inggeris. Oleh yang demikian, pendedahan awal kepada Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris akan memberi peluang kepada pelajar untuk menguatkan asas bagi memperoleh maklumat dan ilmu terutamanya dalam bidang sains dan matematik.
2.3         Kesan kepada Negara
Berdasarkan kepada perlaksanaan PPSMI ini, ia dapat memberi peluang kepada negara kita, Malaysia untuk berdiri setanding dengan negara maju yang lain. Jika dilihat kepada penggunaan bahasa yang sering digunakan oleh pemimpin dan juga penutur yang mempunyai bahasa yang berlainan, didapati bahawa bahasa Inggeris menjadi bahasa perantaraan yang paling utama. Melalui pelaksanaan ini, kita dapat mendedahkan penggunaan bahasa ini bermula sejak dari kecil lagi seperti pepatah Melayu (melentur buluh biarlah dari rebungnya). Sebarang permasalahan tidak akan timbul kerana langkah yang dilaksanakan ini merupakan salah satu langkah yang wajar dalam usaha memodenkan murid dengan penggunaan bahasa antarabangsa supaya mereka tidak ketinggalan jauh di belakang.
Memang ramai yang menentang mengenai pelaksanaan ini. Mereka beranggapan dengan terlaksananya dasar ini, bahasa Melayu akan terhapus. Anggapan ini tidak berasas sama sekali kerana penggunaan bahasa Inggeris cuma akan berubah dengan mendedahkannya kepada subjek Sains dan Matematik. Bahasa Melayu akan tetap diajar seperti biasa. Bahasa Melayu akan tetap menjadi bahasa Kebangsaan dan bahasa perantaraan, manakala bahasa Inggeris akan menjadi bahasa kedua. Tidak salah sekiranya kedua-dua bahasa ini kita boleh kuasai dalam masa yang sama, kerana ia tidak merugikan. Jangan pula kita seolah-oah menjadi seperti “katak di bawah tempurung”
Berdasarkan kepada pernyataan di atas, dapat disimpulkan bahawa mereka yang menentang dasar ini dilanjutkan tidak suka melihat generasinya berubah. Golongan ini melihat dasar PPSMI hanya untuk jangka masa yang pendek, sedangkan perkara ini perlu dilihat kepada jangka masa yang lama. Era globalisasi yang semakin membangun dengan pesatnya akan terus meninggalkan kita jika kita tidak mengejarnya. Malah, menggerunkan lagi jika pembangunan yang dilakukan oleh negara kita, Malaysia akan mengalami kemunduran kerana gagal menggunakan bahasa Inggeris bagi tujuan berkomunikasi dengan orang ramai dari luar negara dan sebagainya
3.0         Kesan Negatif kepada bangsa dan Negara  
Berdasarkan kepada memorandum mengenai Pelaksanaan Fasal 152 Perlembagaan Malaysia yang mengatakan mengenai bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua atau sebagai salah satu mata pelajaran yang diwajibkan di sekolah-sekolah, di maktab-maktab dan juga di Universiti. (Persatuan Linguistik Malaysia, 2002:34). Berdasarkan kepada pelaksanaan PPSMI terdapat kesan-kesan negatif yang berlaku sepanjang perlaksanaannya.
3.1         Kesan PPSMI kepada Bahasa Melayu
Perlaksanaan PPSMI ternyata amat memberi kesan yang negatif kepada Bahasa Melayu. Hal ini dapat dilihat apabila bahasa Melayu yang dahulunya berfungsi sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kini telah diabaikan, dan bahasa Inggeris pula bermain di mulut pelajar dan juga tenaga pengajar. Bahasa Melayu yang sebelum ini terkenal dengan kata-kata bahawa “bahasa melambangkan bangsa” sudah tidak wujud lagi semenjak PPSMI dilaksanakan. Seharusnya kita mengambil pengajaran dari negara-negara lain yang kuat mempertahankan bahasa mereka sebagai bahasa utama dan hal ini terbukti apabila negara seperti Rusia, Jepun telah muncul sebagai satu kuasa besar tanpa mengabaikan bahasa mereka.
Perlaksanaan PPSMI ini ternyata telah mengenepikan segala usaha yang dibuat untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang berkeupayaan tinggi bagi mendidik anak bangsa khususnya pelajar Melayu dan juga warganegara yang lain. Seharusnya hal ini tidak perlu diberikan penjelasan yang lebih lebar kerana masing-masing sudah mengetahui bahawa Bahasa Melayu mempunyai kedudukan yang istimewa dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan sebagai bahasa Kebangsaan. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, idea PPSMI ini tidak perlu dilaksanakan kerana ia menggugat kedudukan bahasa melayu sebagai bahasa utama negara ini. Pelaksanaan ini ternyata telah gagal untuk memartabatkan bahasa Melayu dan ia perlu dimansuhkan dengan serta merta.
Proses untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan juga bahasa moden akan terhenti dan seterusnya bahasa ini akan digunakan sebagai bahasa pasar semata-mata. PPSMI selalu dihujahkan bahawa perubahan hanya bagi dua mata pelajaran semata-mata tetapi hakikatnya jauh berbeza. Berkemungkinan besar akan diputuskan pula penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran yang berkaitan dengan subjek Sains dan Matematik seperti Perakaunan, Perdagangan, Ekonomi Asas dan sebagainya. Jika hal ini berlaku, maka akhirnya sebahagian besar atau hampir kesemua mata pelajaran akan diajarkan dalam bahasa Inggeris dan ketika itu bahasa Melayu yang ditetapkan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan di negara ini akan kehilangan fungsinya (Kamal Syukri, 2007: 62).
3.2         Kesan kepada Sekolah Kebangsaan
Pelaksanaan PPSMI ini juga turut memberi kesan yang negatif kepada sekolah kebangsaan. Kedudukan bahasa Inggeris yang kini semakin menapak di negara kita telah menyebabkan wujud pelbagai jenis sekolah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Penggunaan bahasa ini lebih dominan dalam perundangan dan pentadbiran khususnya, berbanding dengan bahasa Melayu sama ada dari aspek penulisan dan lisan. Kesan daripada hal ini akan menyebabkan ibu bapa berkejar-kejar  untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah Inggeris termasuklah anak-anak menteri sendiri supaya anak-anak mereka lebih berpengetahuan luas dalam bahasa Inggeris. (Persatuan Linguistik Malaysia: 2002)
Kesan daripada perkara ini, nasib sekolah kebangsaan akan mengalami risiko kekurangan pelajar dan seterusnya nasib bahasa melayu juga akan terpinggir. Bukan itu sahaja, dengan kekurangan pelajar yang akan mendalami bahasa melayu, lebihan guru juga akan berlaku kerana profesion yang mereka pilih adalah bahasa Melayu dan bukannya bahasa Inggeris. Hal ini juga akan menyebabkan berlaku pengangguran terhadap guru bahasa melayu dan penawaran kepada guru bahasa Inggeris pula semakin bertambah. Sekolah Kebangsaan di luar bandar mungkin tidak mengalami nasib seperti ini kerana disana mereka masih lagi didedahkan kepada pengajaran dalam bahasa melayu. Namun, jika berdasarkan kepada pelaksanaan PPSMI ini, mereka pula ketinggalan jauh daripada pelajar Bandar dalam penggunaan Bahasa Inggeris.
3.3         Kesan kepada Kualiti Peperiksaan
Pelaksanaan PPSMI juga turut mempengaruhi kualiti peperiksaan pelajar. Berdasarkan kepada keputusan sebelum ini yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar, prestasi yang diperolehi oleh pelajar agak memberansangkan. Namun terdapat juga yang sekadar cukup makan. Hal ini akan menjadi rumit apabila secara drastiknya, bahasa Inggeris kini mengambil alih sebagai bahasa yang digunakan dalam penyediaan kertas soalan. Kebanyakan pelajar tidak memahami soalan kerana perlu memahami soalan dalam bahasa Inggeris untuk menghasilkan jawapan yang tepat.
Berdasarkan kepada hasil kajian daripada universiti-universiti tempatan pula didapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal, iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan dasar ini. (Utusan Malaysia, Julai 2009). Piawaian peperiksaan di Malaysia telah dipermudahkan sehingga kesannya amat ketara terhadap kualiti pelajar yang memperolehi bilangan ‘A’. Hal ini telah menyebabkan graduan yang keluar dari universiti tidak menepati kualiti yang telah ditetapkan.
Hal ini telah menyebabkan institusi pendidikan telah dikritik kerana menghasilkan graduan yang tidak berkualiti. Hampir 30%  daripada 132,000 pelajar kolej komuniti, politeknik, dan universiti awam hanya  menguasai tahap satu dan tahap dua dalam Malaysian University English Test (MUET) dan ia merupakan tahap paling terendah untuk pelajar di peringkat mereka. Berdasarkan masalah ini kita perlu melihat kepada aspek pendidikan sejak di sekolah rendah dan sekolah menengah.
3.4         Kesan PPSMI kepada Pelajar
Berdasarkan kepada pelaksanaan PPSMI, pihak yang paling kuat menerima tempiasnya ialah pelajar. Banyak pihak berpendapat bahawa PPSMI ini wajar dilanjutkan jika berdasarkan kepada pencapaian pelajar yang semakin meningkat. Memang dapat diakui sekiranya pelajar tinggal di bandar keputusan mereka meningkat kerana kemudahan yang lengkap dan juga mempunyai tenaga pengajar yang berkualiti. Sebaliknya bukan salah pelajar yang tinggal di luar bandar jika pencapaian mereka merosot kerana instransfruktur yang mereka perolehi berlainan dengan pelajar yang tinggal di bandar. Sistem ini membawa banyak masalah sehingga menjejaskan pencapaian anak-anak di luar bandar dan juga kekurangan guru yang mahir untuk mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. (Dr.Mohamad Khir Toyo, Julai 2009)
Bukan itu sahaja, terdapat beberapa kajian daripada pelbagai pihak yang mengatakan bahawa guru juga bersalah dalam hal ini iaitu guru yang mengajar di luar bandar lebih suka mencampuradukkan antara bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Berdasarkan kepada hasil penyelidikan yang dibuat oleh penyelidik-penyelidik akademik, bahawa berlaku penurunan mendadak ke atas pencapaian pelajar khususnya pelajar melayu diluar Bandar
Dalam hal ini juga, anak-anak di luar bandar yang majoritinya orang Melayu mengalami gangguan dalam penguasaan ilmu Sains dan Matematik daripada bahasa asing. Hal ini berlaku kerana pelajar mengalami masalah yang memaksa mereka memindahkan konsep-konsep sains dan Matematik daripada bahasa asing ke dalam bahasa ibundanya. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Nor Hashimah Jalalludin (2002), ketidaksediaan pelajar dalam mempelajari subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris yang menyebabkan pencapaian mereka semakin merudum. Kajian ini juga menunjukkan bahawa 75% pelajar tidak setuju Sains dan Matematik diajarkan dalam Bahasa Inggeris, 77% setuju bahawa bahasa melayu mampu menyampaikan Sains dan Matematik dengan berkesan dan 70% yakin akan cemerlang dalam Sains dan Matematik jika diajarkan dalam bahasa melayu.
Bukan itu sahaja, persatuan pendidikan Tamil menunjukkan kerisauan terhadap murid-murid SJK(T) yang kebanyakannya berasal daripada keluarga yang miskin akan menghadapi keciciran kerana ketidakmampuan menguasai bahasa Inggeris yang  sekaligus memburukkan lagi keadaan ekonomi masyarakat India kerana anak-anak sukar disalurkan ilmu untuk menaiktarafkan hidup masyarakat mereka.
3.5         Kesan PPSMI kepada perpaduan kaum
Berdasarkan kepada kajian awal, sekiranya bahasa Inggeris digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Sains dan Matematik dikhuatiri ia akan menyebabkan semangat perpaduan antara kaum musnah sehingga memberi kesan yang amat besar kepada bangsa dan Negara Malaysia. Sekiranya pelajar masing-masing mengamalkan bahasa yang berlainan dalam pergaulan seharian mereka, akan berlaku salah faham antara mereka dan pelajar yang hanya mengetahui bahasa melayu yang akan memahami antara satu sama lain.
Perkembangan penggunaan Bahasa Melayu pada hari ini, ramai pelajar Cina dan India lebih menjurus kepada bidang yang berkaitan dengan bahasa melayu lebih suka berinteraksi dalam bahasa Melayu sesama mereka dan dengan pelajar melayu. Jadi hal ini menunjukkan bahawa bahasa melayu dapat memperkembangkan lagi semangat perpaduan dan ini menunjukkan sudah ada tanda-tanda kejayaan pendidikan Melayu. Hal ini menunjukkan bahawa pelaksanaan PPSMI ini, akan mencalarkan nama Bahasa Melayu yang dikenali dengan bahasa perpaduan dan merupakan satu manifestasi sistem pendidikan aliran melayu.(Shaharir bin Mohamad zain, 2007: 11).
3.6         Kesan kepada Bilangan Guru
Pihak tenaga pengajar juga akan turut terkena tempias terhadap pelaksanaan PPSMI ini. Berdasarkan kepada pencapaian pelajar yang merudum jatuh, khususnya di kawasan pedalaman adalah disebabkan factor guru yang mengajar mereka. Hal ini terbukti apabila kajian yang dibuat telah memberikan jawapan bahawa guru mengajar pelajar dengan menggunakan bahasa yang bercampur. Pelaksanaannya yang terlalu drastik telah menyebabkan guru-guru terpaksa mempersiapkan diri dalam sekelip mata bagi memastikan hasrat kerajaan tercapai. Hal ini akan menyebabkan kualiti dan kuantiti pelajar yang cemerlang hanya sekadar cukup makan kerana pengajaran dan pembelajaran yang dibuat oleh guru adalah tergesa-gesa.
Bukan itu sahaja disebabkan oleh ganjaran yang kerajaan tawarkan kepada guru sebagai bonus untuk mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, telah menyebabkan terdapat segelintir guru yang tidak mempunyai kecekapan dalam subjek Bahasa Inggeris mengambil tugas tersebut. Hal ini diibaratkan seperti “batuk di tepi tangga”.
Daripada sejumlah 181,340 orang guru di sekolah rendah pada tahun 2004, dianggarkan kira-kira 80,000 orang terlibat dalam pengajaran Sains dan Matematik dalam dan semuanya terlatih dalam bahasa Melayu. Dengan pelaksanaan dasar tersebut secara mendadak, maka berlakunya masalah pengajaran dalam kalangan  guru-guru. Jika dilihat kepada pelaksanaan ini, ia memerlukan komitmen yang tinggi oleh guru yang telah dilatih kerana ia mengambil masa yang panjang. Jika guru yang akan mengambil alih untuk mengajar subjek Sains dan Matematik ini tidak menguasai sepenuhnya bahasa Inggeris, dikhuatiri akan menyebabkan pengajaran dan pembelajaran hanya akan berpusatkan kepada guru semata-mata. Pelajar-pelajar akan menjadi bosan dan seterusnya pelaksanaan PPSMI ini hanya akan tinggal sejarah.
Dasar ini diperkenalkan pada peringkat awal dahulu, kebanyakan guru bagi mata pelajaran Sains dan Matematik ini tetap di tahap yang lama. Kursus yang ditawarkan oleh kerajaan cuma dalam masa yang singkat dan tidak mungkin guru yang telah dilatih itu dapat menguasai seluruhnya tentang bahasa Inggeris apatah lagi jika guru tersebut adalah dari daerah pedalaman yang mana bahasa Melayu sudah sebati dengan diri mereka. Kesan daripada masalah ini, berlaku kekurangan guru yang pakar dalam bahasa Inggeris, sedangkan pelajar semakin bertambah. Jadi secara tidak langsung perkara ini akan menyebabkan berlaku lebih banyak panggangguran kerana pelaksanaan PPSMI ini cuma memerlukan guru yang berpengetahuan tinggi dalam bahasa Inggeris.
3.7                 Kesan kepada Media Massa yang Berbahasa Melayu
Jika dahulu sebelum bahasa Melayu diperkenalkan, segala urusan dilakukan dengan menggunakan huruf jawi. Namun lama-kelamaan ia telah dilupakan dan bahasa Melayu mengambil alih tempat tersebut. Jika dahulu, wujud akhbar dan majalah yang membantu memartabatkan bahasa Melayu di rantau asia sekaligus menjadi alat perjuangan bangsa Melayu. Contohnya surat khabar Utusan Melayu, Berita Harian dan sebagainya. Namun kini akhbar-akhbar Melayu semakin ketinggalan kerana kewujudan akhbar dan majalah yang berbahasa Inggeris seperti The Star, New Straits Times dan sebagainya. Hasil dari perlaksanaan PPSMI ini dapat dilihat apabila akhbar Melayu kini telah berada di tempat ketiga di belakang akhbar berbahasa Mandarin dan Inggeris. Bayangkan jika PPSMI ini tetap dilanjutkan, maka nasib akhbar melayu akan menerima nasib yang sama dengan akhbar yang menggunakan tulisan jawi sebagai wadah untuk pembaca.
Hanya sesudah pegawai-pegawai kerajaan menguasai bahasa Inggeris dengan memuaskan, kerajaan negeri akan berfikir untuk melancarkan fasa kedua, iaitu surat menyurat akan dibuat dalam Bahasa Inggeris.(The Star, Jun 2002). Kenyataan ini cukup membuktikan bahawa tujuan utama Kerajaan melaksanakan PPSMI ini adalah menggunakan bahasa Inggeris dalam pentadbiran kerajaan dan pegawai kerajaan digalakkan menulis surat dalam bahasa Inggeris bukan untuk meraik ilmu dan pengetahuan dan ternyata pelaksanaan PPSMI ini mempunyai agenda lain di sebaliknya.
Jika dilihat kesan yang akan datang dengan pelaksanaan PPSMI ini bahasa Melayu akan berhenti menjadi bahasa sains dan teknologi maklumat. Apabila bahasa Melayu tidak diperlukan untuk bidang sains dan teknologi, segala majalah, buku dan akhbar akan terkubur begitu sahaja dan istilah baharu juga tidak akan diperlukan. Lama-kelamaan bahasa melayu akan hilang kuasanya sebagai bahasa moden dan bahasa ilmu, sebaliknya hanya akan menjadi bahasa pasar semata-mata. Penerbit akan terpaksa memilih sama ada menerbitkan ruang-ruang dalam bahasa Inggeris atau menukarnya menjadi akhbar Inggeris sahaja (Abu Bakar Abd Hamid, 2007: 35-44)

4.0 Kesimpulan
Berdasarkan kepada perbincangan di atas dan juga jika dilihat kepada data yang telah diambil daripada sumber yang sahih, perlaksanaan PPSMI lebih banyak mendatangkan kesan yang negatif berbanding kesan yang positif. Hal ini dapat dilihat berdasarkan kajian dan juga pencapaian pelajar yang semakin merosot. Ekoran dari hal ini,  Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengambil langkah yang bijak dengan melakukan pemansuhan terhadap PPSMI ini yang akan dilakukan secara berperingkat mengikut kaedah ‘soft landing’ mulai tahun 2012. Langkah kerajaan untuk memansuhkan dasar ini dianggap sebagai satu kerajaan rakyat. Hal ini kerana jika dasar ini dimansuhkan ia juga akan memberi kesan yang positif kepada pelajar di sekolah Cina dan juga sekolah Tamil kerana bahasa ibunda yang digunakan oleh mereka sebelum ini boleh digunakan seperti biasa.
Kerajaan juga mengakui bahawa bahasa Inggeris merupakan satu bahasa yang penting yang harus dikuasai oleh semua individu. Oleh hal yang demikian, kerajaan telah menubuhkan satu dasar yang dikenali sebagai dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi menggantikan PPSMI. Dasar ini akan dimulakan pada tahun 2011 bagi murid tahun 1 mulai 2011. Tujuan dasar ini dilakukan adalah sebagai serampang dua mata kerana selain untuk memartabatkan bahasa melayu kerana selain memartabatkan bahasa kebangsaan, kerajaan juga tidak meminggirkan aspek penguasaan dan pengukuhan bahasa Inggeris yang menjadi bahasa antarabangsa. (Berita Harian Online, 2009: Oktober 21)








8 comments:

Anonymous said...

assalam..sy nk minta izin nk ambil info ni u wat tugasan sbgi rujukan sya..diharap pihak pemilik blog izin..TQVMuch...

Nama pena, Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta. Suri rumah sepenuh masa. Penulis Lifestyle Blogger berpengalaman Social Media Marketing Coach. said...

mohon keizinan utk ambil isi bagi menjawab soalan final subjek hub. etnik hari jumaat ini....tqvm...

Anonymous said...

may i have your info for assignment purpose?thanks

Anonymous said...

KenApA tk Leh Copy petIkan Ini...!!!Saya amt memerlukannya utk membuat panduAn dan RujUkan saya..

Unknown said...

Assalam admin.. Sy nk minta izin nk ambil info utk buat rujukan .. Dharap admin blog ini mmbenarkan ye ...
Thannkss

Anonymous said...


Fed Up

Dear Fed Up: There is no wisdom greater than kindness. There is no response to scowling better than a smile and a wink. You two sound like treasures.

However, you should not feel you always have to respond positively when you're out in public. It is not your job to charm or win over doubters, haters, scowlers or sneerers. Simply going about your business with a neutral attitude should be enough.

Dear Amy: I live in a wonderful city that people like to visit. How do I say no to people who invite themselves to my house? For example, I have longtime "friends" with [url=http://www.agoshow.net/Brewers-8-Ryan-Braun-Road-Cool-Base-Grey-2010-All-Star-Jerseys-77/]Brewers 8 Ryan Braun Road Cool Base Grey 2010 All Star Jerseys[/url] whom I have little in common who email once a year to say they're coming.

This year they actually termed it "our annual trip to your house." Unbelievable! They are loud and negative, and talk about people I don't know from 6 a.m. to 10 p.m. without stopping; it is beyond stressful, especially considering that I love my privacy.

I'm a widow, but they used to drive my husband nuts too. It's not about the expense (although I feel I have to come up with new things for them to see and do and new dishes to cook every year); it's about the [url=http://www.agoshow.net/Pirates-47-Meek-Navy-2010-All-Star-Jerseys-33/]Pirates 47 Meek Navy 2010 All Star Jerseys[/url] invasion and the assault to my ears.

Sometimes they tell me not to worry about taking them touring, that we can just "stay home and visit." That is 90 percent of the problem. How can I tell them that the hotel is closed permanently?

Over-visited

Dear Over-visited: The nice thing about email is that you can compose your response carefully. I'm going to try to help. Try writing, "I have many great memories from your annual visits, but honestly I'm just not up [url=http://www.agoshow.net/Yankees-2-Derek-Jeter-White-2010-All-Star-Jerseys-55/]Yankees 2 Derek Jeter White 2010 All Star Jerseys[/url] to having you stay with me anymore. I have gotten to a point that I treasure my privacy; having houseguests is too much for me. If you visit the city, I'd love to see you for an afternoon. Let me know if that would work for you."

Dear Amy: You published my letter recently. When I read your response (to my question about my son who is angry with me for charitable donations I've made and plan to make), my first reaction was, "How dare she?"

How dare she tell me I am being manipulative?

And yet, I see it. I have long said that I would keep learning until I draw my last breath. This is another learning experience for me.

I've been asking myself, "Why did I do that?" and "What did I get out of it?" The answer is somewhat messy; I have work to do.

My deepest thanks!

Charitable Mother

Dear Mother: Thank you so much for getting in touch to let me know you read my answer to your query. Oftentimes I wonder if people who write to me see my response and understand my point of view. I especially appreciate that even though you did not necessarily like my response, you are open to it.

Your money is your own to spend as you please. Your choice [url=http://www.agoshow.net/Mets-5-Wright-Navy-2010-All-Star-Jerseys-29/]Mets 5 Wright Navy 2010 All Star Jerseys[/url] to force your son to react to your spending (even when you knew he [url=http://www.agoshow.net/2009-World-Baseball-Classic-18-Soto-white-jersey-23/]2009 World Baseball Classic 18 Soto white jersey[/url] disagreed with it and would react poorly) made me wonder why you would repeatedly confront him with it. So yes, this did seem like an attempt to manipulate him.

The answer is almost always "messy." We all have work to do. I applaud you for facing this reality and thank you for getting in touch.


[url=http://www.cblatvija.lv/forum/memberlist.php?mode=viewprofile&u=6569]more[/url]

ATikah Mustapa said...

wsalam...alhamdullillah..betul atau tidak faktanya,,,anda kaji balik yer...saya memang kaji pasal PPSMI...tapi xtahulah takut ada tersilapnya

Anonymous said...

mohon ambil info untuk panduan bahas. tq

klik kalau berani

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kite nak tunang..leh tlg support x??

My PoWEr RANgERS

My Blog List