SaINg3

MARI PAKAT FOLOW

1 KLIKAN ANDA...PERTUNANGAN SAYA MAKIN HAMPIR

klik jika berani

1BLOGGER 1MALAYSIA

31.3.11

KEBAIKAN BUAH DURIAN

salam..disebabkan  sejak akhir-akhir ni saya smakin meminati buah durian dan bleh dikatakan haroi2 makan durian..so hari ni saya terpanggil nak story pasal kebaikan buah durian iaitu RAJA segala buah. buah durian ini mengandungi khasiat yang tertentu. Namun, jika dikenalpasti ia juga boleh memberi manfaat kepada kita

I) Ia dikatakan dapat menurunkan kadar kolesterol dan membersihkan darah. Ada kajian mendapati durian dapat mengelakkan jangkitan kulat. Ini kerana kandungan zat besi yang tinggi membantu sel darah putih menghasilkan kimia semulajadi membunuh jangkitan. 

ii) Durian juga mengandungi asid amino dan vitamin B, C dan E dan ia tinggi kandungan anti-oksidan. Anti-oksidan membantu memperlahankan kemusnahan sel-sel kesan dari radikal bebas seperti pencemaran udara dan asap rokok. Dengan cara ini, ia mengurangkan proses penuaan membuatkan kita awet muda. Ia juga baik dimakan ketika demam.

iii)Tryptophan adalah antara bahan yang didapati di dalam asid amino di dalam durian. Tryptophan adalah keperluan bagi mengawal tahap serotonin dalam tubuh. Serotonin adalah hormon yang memberikan ketenangan dan keceriaan serta penawar insomnia. Mereka yang kurang serotonin selalunya tidak dapat mengawal emosi, sering marah dan menghadapi tekanan perasaan.


ini adalah kandungan dalam 100g durian (bukan 100 biji yer)

Nilai Nutrisi setiap 100 g durian


* Vitamin A: 20-30 I.U.
* Asid Askorbik: 23.9-25.0 mg
* Vitamin E: "tinggi"
* Kalsium: 7.6-9.0 mg
* Fosforus: 37.8-44.0 mg
* Potasium: 436 mg
* Thiamina: 0.24-0.352 mg
* Riboflavin: 0.20 mg
* Niacin0.6: 83-0.70 mg
* Zat besi: 0.73-1.0 mg
* Gula (purata) 12.0 g
* Protin: 2.5-2.8 g
* Lemak: 5.33g
* Serat: 3.8 g
* Jumlah Karbohidrat: 30.4-34.1 g
* Kalori: 144 


jadi..moralnya disini kalau nak makan durian bleh...xmenggemukkan pun..so makan banyk2 la..

30.3.11

AKADEMI FANTASIA 2011

SALAM....

nampaknya demam akademi fantasia sudah bermula..masng2 berebut nak g interviu...sume pakat nak jadi penyanyi...sampai ada yang pengsan2 sbb interviu.eiiii...mak xsanggup nyah...baik mak jadi pnonton je...sebab aku tahu lau aku g interviu..pijak karpet merah je..dah kena halau sebab bawah periuk blanga,,(konon nak buat props)ahhaha...ok disini terdapat 12 eh//....16 peserta terbaru yang sah menjadi ahli akademi fantasia ke 9..jom layang...zassss....

Photobucket

pembetulan yer...empat dari bawah itu adalah anak beranak yang akan menjadi wakil asean untuk pertandingan menggubah baju melayu menjadi jubah wanita

29.3.11

LEMPUK DURIAN



salam...

so untuk hari ni..sedang asyik mengread buku ni...kononla..esok ada kuiz baru nak kalut..tetibe aje mata aku yg layu dan lawa ni (ahaks),.mengantuk bangat...so aku ambik kputusna nak rehat jap..sambil rehat aku layan blog ni jap...

oh ya.petang tadi aku ngan rumate makan durian..so tetobe sahaja nak share resepi ni...iaitu.

LEMPUK DURIAN..

korang penah makan x???senang je nak buatnya...

ni ways dia..

bahan-bahan diperlukan..

isi durian..
sesuaka hati korang la nak letak banyak mana
yang penting nak lebih senang korang kupas ke apa eh ...korang asingkan isi dengan biji durian..nnti tercekik plak korang...

bahan yang kedua pula..

gula..
make sure boleh sebati dengan durian tadi,


kaedah nak buatnya ialah:

i) Satukan isi durian dan gula dalam kuali. 

ii) Jerang atas dapur dengan api sederhana hingga mendidih dan gulanya hancur. Kacau tanpa henti hingga bertukar warna perang serta bergolek dan tidak melekat di kuali. 

iii) Alihkan ke dalam upih yang digelungkan dan diikat di bahagian atasnya bagi tujuan disimpan. Boleh juga disimpan dalam bekas bertutup, sejukkan dahulu baru ditutup dan simpan ditempat kering atau dalam peti sejuk.

so...daripada korang beli kat luar yg harge dia look like nak cekik darah kita,..baik korang balaja buat bende alah ni..boleh simpan lama...tapi nak buat bende ni kena sabar bnyak2 sbb nak kacau bende ni ambik masa yang lam.a//


dan hasilnya ialah...

lempok durian yang sedap...

perghhhhhhhhhh....
so...slamat mentry this at ur home ok..

28.3.11

PASAR SENI ATAU PASAR BEREHAT?

salam...ok untuk entry kali ini adalah bermotipkan ketidakpuasan hati saya kepada mereka yang suka menggunakan kerusi di ruangan menunggu di depan kaunter tiket untuk tujuan tidur dan sebagainya. Pada padangan saya sikap mereka ini hanya pentingkan diri sendiri. Malah ada juga orang kurang waras menggunakan tempat itu sebagai satu tempat untuk menjadikannya tempat tinggal dan sebgainya. di sini saya berkongsi beberapa moments yang sempat saya snap.






disini juga saya ada merakamkan satu mamat ni yang sedang asyik dengan tidurnya seolah-olah sperti tidur di Hotel 10 bintang...



*sedikit bising sbb bas bunyi kuat***

bukan niat untuk menjatuhkan maruah seseorang tetapi kadangkala kita perlu peka dengan keadaan sekeliling seperti dengan pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan pandangan ini tidak menghalang ekonomi kita untuk terus meningkat naik. espe.dari aspek pelancongan..fikirkan dan slamat merenovate.

DUNIA WANITA NURULBANIAH



LAWA tak kontest ni punyer tuan??
kontest ni telah diilhamkan oleh gadis melayu yang bernama NURULBADIAH
kalau nak tahu more lanjut...klik je..

salam...hari ni rasa terpanggil nak try nasib masuk kontest ni..mana tahu kot2 ada rezeki aku ni...sebenarnya aku telah ditag oleh seorang hamba Allah yang aku rasakan seperti baru mengenalinya sedangkan perkenalan aku dengannnya hanya sekadar secara maya. Mungkin ini adalah satu anugerah Allah kepada umatnya supaya selalu menjalinkan hubungan baik dengan manusia lain terima kasih para-para...

ok...kat bawah ini adalah gambar saya dengan kawan-kawan baikku...



.:: Hidup ini seperti pemandangan kosong bak kata para-para.:.:
.:.: tapi pemandangan kosong itu jika diteliti bersama kawan baik kita.:.:
.:.: mampu mengimaginasikan pelbagai karakter..pelbagai watak dalam pemandangn itu.:.:
sehingga mampu menghasilkan satu pemandangan milik ilahi

.:.:.; pemandangan yang dipenuhi dengn warna-warni dunia.:.:.;

perhatian..
disini dengan perasaan tidak berdozer..
saya telah memilih..
jeng..jeng..jeng//


ya allah...mudah-mudahan berjaya..

fighting

26.3.11

10 T UNTUK KEKAL KURUS

SALAM...pagi yang malap..kini makin malap...sebab tadik ada kempen earth hour sjak kul 8.30 hingga 9.30 malam...korang tahu x??melepas la korang...

hari ni nak ajak korang sertai satu ceramah kesihatan...yang akan siberi oleh saya sendiri yang bertajuk..

"10 T untuk kekal kurus"

T- TIDUR...korang jangan pikir dengan tidur badan kita akan gemuk...try korang pegi tidur kat padang pasir    atau atas jalan raya yang weather dia panas terik...mesti badan korang akan berpeluh sakan kan??KAN dktor dah say...badan berpeluh akan mengeluarkan toksin dalam badan...kan dah berpeluh..korang kurus la nnti..

T-TAIK...korang kena sentiasa buang air besar la..kalau nak kurus...ini tak perut tu dah keras dah..untuk buang bende alah ni...korang kena mentekedarah sayur ngan buah la..nak sedap lagi makan julap...konfirm berterabur...kakakka

T-TOLONG...korang kena mintak tolong ngan family,,kawan2 untuk support korang...suh diorang beli basikal atau angkat berat punye barang...seharian korag angkat bende alah tu...alah msti sihat la...trust me ok..

T-TANGKAL...korang kalau nak kurus..kena pakai tangkal taw..tangkal tu kena la berbalut dan dalam balutan tu korang kena masukkan lesung batu yang berat..pastu korang pakai...korang letih sampai terbongkok2 pun..korang kena tahan..sbeb dia akan keluar peluh..sihat n kurus korang nnti taw..

T-TOYOL..korang kena juga jadi toyol malam2..sebab pukul 3 atau 4 pagi kalau korang bsenam nnti orang akan kata korang ni xbetul akal fikiran..jadi baik korang jadi toyol n then g lari padang 10 pusingan...ada aku kesah???xder kan???buat jer..

T-TELAN...untuk menjadi manusia yang sntiasa mengekalka kekurusan anda,,korang kena telan semua jenis sayur dan rumput yang bkaler hijau..memang pahit..tapi YANG PAHIT ITU UBAT, YANG MANIS ITU RAUN.









T YANG SETERUSNYA AKAN DISAMBUNG DALAM RANANGAN INFO SIHAT DI TV9...JANGAN LUPA MENENGOKNYA..ITUPUN KALAU AKU JADI PENERBIT PROGRA,....

KAKKAKAKAKKAA






FUCK MUKA KAMU

nak tahu ways untuk.:.:.:

F-FOTO
    U-UNTUK
             C-COMELKAN
         K-KEDUTAN


M
U
K
A

K
A
M
U

http://www.emocutez.com


ada yang guna fotoshop
ada yang guna fotosCape
ada yang guna fotobotox
ada yang guna fotobomoh
ada yang guna fotosafi
ada yang guna fotogediks
ada yang guna fotogarnier

http://www.emocutez.com
***motip:. tiada yang lebih baik sebaik Cara Allah...

basahilah muka anda dengan air sembahyang..
Insyaallah...Allah akan pelihara kita...amin...

25.3.11

YUSRY ABDUL HALIM DAN VIDEO SEKS

SALAM..


bukan nak menggembur-gemburkan story tapi..inilah kenyataannya apabila Yusry Abdul Halim juga turut terlibat dalam video seks ini...tapi bukan sebagai pembikin story panas ini...kalau korang nak tahu lebih lanjut..layan berita ini dulu...zasssss......
http://www.emocutez.com
KUALA LUMPUR - Polis sedang menunggu pemeriksaan pakar bagi mengesahkan lelaki yang melakukan adegan seks dengan seorang pelacur wanita yang didakwa dirakamkan di sebuah apartmen di Ampang dekat sini pada 21 Februari lalu merupakan seorang pemimpin pembangkang.

http://www.emocutez.com

Sumber polis berkata, daripada aspek undang-undang, polis buat masa ini hanya membuat andaian bahawa lelaki itu merupakan seorang pemimpin pembangkang seperti yang didakwa oleh kumpulan trio Datuk T.

http://www.emocutez.com
Bagaimanapun, kata sumber itu, perkara itu hanya andaian semata-mata kerana pengesahan siapa sebenarnya pelakon dalam video seks itu memerlukan penyiasatan dan pengesahan daripada pakar.
"Sehingga semalam polis belum mengetahui sama ada imej (aktor) dalam video tersebut sudah diganggu (direka-reka).
"Polis juga tidak boleh sahkan pelakon tersebut adalah si A atau si B. Kita perlu tunggu pakar (untuk pengesahan)," kata sumber itu kepada Kosmo! semalam.
Sehubungan itu, sumber itu berkata, pasukan penyiasat kini dalam pertimbangan untuk meminta khidmat pengarah filem Merong Mahawangsa, Yusry Abdul Halim (Yusri KRU) bagi membantu polis mengesahkan ketulenan rakaman video seks itu terlebih dahulu.

http://www.emocutez.com
"Rakaman itu sendiri perlu disahkan adalah tulen sebelum polis melakukan langkah kedua untuk mengesahkan pelakon yang dimaksudkan itu," kata sumber itu.
Bagaimanapun, sehingga malam tadi pasukan polis belum memutuskan perkara itu dan ada kemungkinan pakar-pakar lain yang berkemahiran dalam rakaman video turut dipanggil memberi bantuan.
http://www.emocutez.com
**o...YUSRY NI hanya diminta untuk membantu pihak penyiasat untuk kenal pasti siapakah di sebalik Video seks tu dengan menggunakan teknologinya yang tersendiri...**

DI HUJUNG TAMING SARI

salam..mesti korang tertanya2 apa kejadahnya aku duk kalut menulis tajuk ni???

sebenarnya tajuk ini merupakan kesinambungan kepada story pasal kondom hari itu...so harinak story pasal pementasan drama yang telah berjaya dilakukan oleh kami yang mengambil subjek DRAMA DAN AMALI SENI LAKON..yer...setelah bersusah payah kami berusaha,,,akhirnys pementasan ini telah berjaya dilakykan..dan disini ingin saya berkongsi sedikit sebanyak moments dari drama ini..


watak utama diterajui oleh Mohammad Isam sebagai Hang Jebat..muka dah macam opera cina dah...tapi yng penting hebat...wa tabik sama lu..
tengok2...inilah VIP yang terdiri dari Timbalan Dekan+Pensyarah dan yang paling penting peneraju utama subjek Drama dan Amali Seni Lakon ini iaitu Prof Mana Sikana..


inilah....penggerak utama drama ini...yang terdiri dari 

PELAKON+AJK PROPS+AJK TEKNIKAL DAN lain-lain..

*bangga sekejap wapun hanya sbagai ajk props...*


penari-penari istana..bersama Hang Tuah (duduk) dan Hang Jebat


akhirnya terbunuh juga orang putih jahat. sampai berdarah2...hebat tak??



Nizam sebagai Bendahara (baju biru) yang bersikap duri dalam daging, orang putih (berkot) yang jahat..Kudin (melayu merah) dan juga Pateh Karma Wijaya (sarung batik jawa).


sultan yang terlalu angkuh dengan kerisnya...hehheheh..

para penggerak

pelakon lelaki terbaik ialah....

**dan yang small ini adalah AJk props brsama dengan Junaidi..sebagi sang adi putra**

**bangga dapat menjadi sebahagian dari penggerak drama ini..dapat jadikan sebagai satu pengalaman untuk menempuhi kehidupan yang lebih menabar.***

22.3.11

KUIH cEK MEK MOLEK



salam...hari ni juga rasa terpanggil nak kongsi buat cek mek molek kelantan mari..best kuih ni...dengan air gula kat dalam tu...gigit2...perghhhh....memang best *mentekedarah pagi2 *morning ni..bende alah ni aku nak kata pro tu xderla..tapi kalau stakat nak jual tu bolehlah..sbb mak aku pun buat kuih..so every mrning aku akan turut serta dalam menguli dan juga menggoreng bende alah ni....how to buat bende ni??asyik bebel je tahu...ini kaedahnya..

Chkmlk1a
Bahan-bahan mak kiah ni iaialh

*ubi keledek dalam 4 @ 5 biji
*dua cwan gandum atau ikut kesesuaian
*gula biasa.

*ambil 4 atau 5 biji keledek (buang kulitnya dan potong kecil-kecil supaya senang dia nak empuk tu senang).takpayah guna gunting baju la...guna pisau jer..

*lepas tu korang rebus ubi tu...biar empuk...pastikan air tu boleh membuatkan ubi tu tenggelam. 
*dalam masa 15@20 minit, korang angkat bende tu dan buang air dalam periuk itu, korang jolok la ngan sudu ke garpu ke untuk pastikan ubi tu betul2 dah empuk.

*bila dah siap...korang ada botol budu atau kicap tak kat umah??korang ambik botol tu dan pastikan botol tu kosong dan korang tumbuk ubi tu biar hancur dan hancus..make sure ia betul2 lumat sebab takut ada masalah nak menggoreng nanti.tumbuk sampai lumat. tumbuk masa panas-panas lagi ok

*bila dah siap korang tumbuk ubi tu..ambik tepung tadi,,korang campurkan dengan ubi tadi.masukkan semua tepung yang dua cawan tadi. korang uli sampai sebati ek...jangan lupa..

*last sekali korang kena buat uli hingga jadi doh. Bulatkan doh kecil2 menjadi bebola. Kemudian doh tadi dileperkan dgn tangan,kalau melekat taburkan sedikit gandum ditangan ataupun minyak masak, kemudian letakkan sedikit gula di tengah dan bentukkan menjadi bujur. Setelah itu bolehlah digorengkan didalam kuali yang berisi minyak yang panas


ha...nnt.i bila dah masak korang makan panas-panas...perghhhhh...melatop beb..

*:.:.:.motif:kurangkan gula dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman;.:.:*

GOOGLE

salam...hari ni saya terasa terpanggil untuk berpost entry lagi walaupun keadaaan semakin sibuk. semakin genting...namun kerana blogg ni aku sayang...aku terpaksa menghidupkan dia daripada mati..(bebel xhabis2)

GOOGLE

dalam google ni variety of sistem ada...ada google translate...ada google maps..

nak tahu kenapa saya nak stry pasal google hari ni??
sebab saya rasa ada yang tak kena..
semalam saya try saje nak translate perkataan ni

"SAYA INGIN BERcINTA"

saya taip frasa ni dalam google translate..nak tahu apa yang keluar dalam bahasa Inggeris??

http://www.emocutez.com

http://www.emocutez.com

http://www.emocutez.com

ha...ni la yang keluar..best x???pelik kan??

*kalau korang xtrust kat saya...anda bleh try...*

*MORAL DIA....len kali nak translate bende suh je orang putis yang buat k"

kita orang melayu guna bahasa melayu je dah enough


21.3.11

KONDOM

salam...anda pernah tgok kondom??sebenarnya sejak dua menjak ni saya semakin mengenali apa itu kondom..tidak terlintas di hati saya untuk melihatnya terus.tapi demi masa depan, saya terpaksa menatapnya walapupun kegelian yang teramat. nak tahu kondom tu jenis apa?? tekan sini....kondom...ei...geli2...

sebenarnya tujuan aku berjinak-jinak dengan kondom ni sebab kat UPSI ni aku ada ambik subjek DRAMA DAN AMALI SENI LAKON..so subjek ni ada buat PEMENTASAN DRAMA..



jadi dalam drama tu ada sesetangah babak yang memerlukan pelakon berdarah dan darah tu kalau boleh nak biar real.baru nampak gempak..so pikr punya pikir kitorang letak air sirap+telur ayam (wana putih je) untuk buat darah..

korang pernah nampak x dalam lakonan kat tv yng depa guna darah dalam baju like a real blood??kalau boleh kitornag nak buat gitu jugak. so pikir punya pikir terpaksa guna kondom untuk letak dalam baju..pastu time adegan kena tikam ke apa ke...pelakon tu juz ramas atau cucuk kondom tu pakai kuku sampai keluar darah...itulah storynya..nak tahu perkembangan drama ni x??tunggu minggu depan saya upload...

*jangan berfikirn pelik2 yer...otak kita jadi hitam*

POLITIK


Politik


Politik, Politik, Politik
Tikaman bicara semakin menggila
Sang hijau digeruni keagamaan
Si biru merdekakan kebebasan
Mengalah persis lesapnya maruah


Politik, Politik, Politik
Tohornya minda sang warna itu
Semut kecil yang kemusnahan sarang
Sang gajah pula yang menggelepar
Wahana mesir disini yang serabut
Bertekak kalut tegakkan kebenaran


Politik.politik, politik
Suria semakin mengundurkan wajahnya
Menghayutkan sang warna itu
Kertas lukisan semakin teruji
Menanti gelisah dirinya dikoyakkan sang warna itu. 




*SATU percaturan, SERIBU kekhilafan, SEJUTA kesan*

-atikah mustapa-

UPSI, TANJUNG MALIM

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

Salam...right now saya baru saje sampai dari Kl ke Tanjung Malim yang terlove....nak dijadikan sory..kononnya nak naik bas jam 11.30..turunlah awal...naik teksi,,pastu naik LRt pastu g beli tiket..tup2...yag ada kul 1 sbb bas xleh jalan pagi2...ntah nape...aku pun tunggu la like a TOKKE(bntang terbaru)..sejam lebih wo...itulah kisahnya..

aik..tajuk aku lain tu,,,,HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA..



itu perang lain...ni perang lain la..




ini HIKAYAT MERENG PEPERIKSAAN..



SO DALAM 3 minggung lagi aku akan final exam..so skrang ni dah pk masak2...aku stop dulu untuk smentara waktu..t ada masa 2free aku masuk letak entry baru...ok..

wish gud luk to me...tq..hehhe

17.3.11

TSUNAMI DI JEPUN

Berdasarkan kepada sejarah lampau negara Jepun, pernah berlaku bencana kesan daripada tenaga nuklear seperti detik hitam yang melihat Hiroshima dan juga Nagasaki hancur seperti padang bola yang kosong kerana bom atom. Tetapi jika kita lihat Negara Jepun tidak berhenti di situ apabila Pembangunan tenaga nuklear itu sebagai salah satu kaedah untuk memajukan negaranya walaupun mereka sendiri tahu akan kesannya.

walaupun menyedari  negara mereka terletak dalam kawasan Lingkaran Api Pasifik yang cenderung dilanda gempa bumi,  bukan penghalang untuk mereka memanfaatkan khazanah  itu sebaik mungkin. Hingga kini, Jepun sudah memiliki 55 loji nuklear sekali gus antara yang terbanyak di dunia.

Walaupun mereka sedar akan bahaya tenaga nuklear, sumber itu tetap menjadi pilihan utama bagi membekalkan jumlah tenaga yang besar dan murah untuk jangka masa panjang. Sehingga kini, loji-loji nuklear di Jepun dapat membekalkan 30 peratus keperluan elektrik negara.


Jepun mula mengimport reaktor kuasa nuklear pertamanya dari UK, Tokai-1 iaitu reaktor sistem penyejukan (Magnox) yang dibangunkan oleh GEC dengan kapasiti 160 megawatt. 
Ia mula beroperasi pada Julai 1966 sehingga Mac 1998. Kejayaan itu menjadi pencetus kepada pembinaan lebih banyak loji nuklear baru di Jepun yang sehingga kini mencecah angka 55.
Bagaimanapun, keghairahan Jepun terhadap teknologi nuklear direntap baru-baru ini apabila gempa bumi berukuran 9 magnitud yang melanda negara tersebut menyebabkan siri letupan di loji nuklear Fukushima Daiichi. Bencana tsunami yang mengorban lebih 10,000 nyawa itu menyaksikan berlaku kebocoran pada loji tersebut sehingga wap radiasi dibimbangi boleh menjejaskan kesihatan dan mengancam nyawa 128 juta orang di negara Matahari Terbit.
onigiriemoticon




rentetan  insiden siri letupan di loji nuklear Fukushima Daiichi milik TEPCO akibat daripada gempa bumi baru-baru ini

*mudah-mudahan mereka dilindungi daripada sebarang malapetaka*

.

PROF.EMERITUS DATO' DR. NIK SAFIAH KARIM


assalamualaikum...alhamdullillah..setelah sekian lama menyepi dari dunia blog ni..(lama ke...walhal sehari je kot)..kini aku kembali lagi dengan cerita sensasi yang lebih mantap...mantop..meletop...menetup...(bahasa yg overheel)...kenapa aku terasa mahu menulis entry pasal PROF.EMERITUS DATO' DR. NIK SAFIAH KARIM?? sebab aku punyer sukalah..sbb ni kan blog aku...kan2????

sebelum kita pergi lebih lanjut..saya akan menceritakan serba sedikit mengenai latar belakang beliau (like a moderator la plak dah aku ni)..

                          nama sebenar ialah PROF.EMERITUS DATO' DR. NIK SAFIAH KARIM

lahir pada 17 Disember 1939 di Kampong Banggol, Kota Bharu, Kelantan.

menghasilkan Tatabahasa Dewan (yang ditulis bersama tiga orang ahli bahasa yang lain), Bahasa Malaysia Syntax, Beberapa persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu dan Malay Grammar for Academics and Professionals.


okey..disebabkan kita sudah mula mengenali wanita terunggul ini, disini saya ingin berkongsi satu peristiwa yang paling menarik dalam hidup saya apabila dapat bersama dengan Prof. Nik ini untuk satu program Diskusi yang diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim.

TAJUK PROGRAM: KELANSUNGAN TATABAHASA DEWAN DAHULU DAN KINI.

disini saya ingin berkongsi beberapa gambar semasa program ini berlangsung

pendaftaran peserta. senang untuk kita bagi sijil 
pada peserta yang sudi hadir kali ini

AJK Pendaftaran yang tidak lenguh menunggu peserta


 Barisan AJK Program bersama dengan Prof Nik Safiah Karim,
 Pn, Norliza (Pensyarah) dan VIP yang lain

Kelihatan juga Suami Pn. Norliza iaitu En. Samsudin
 yang tidak jemu menyokong isterinya untuk terliabt aktif 
dalam menjadi penasihat program ini


Sesi Nyanyian Lagu Negaraku, Ibu Kandung Suluh Budiman (lagu UPSI) 
 *kagum dengan smangat kental Prof Nik Safiah..masih gagah berdiri walaupun umurnya yang sudah separuh separuh abad*


Sesi Diskusi bermula.
Kepetahan moderator melancarkan lagi perbincangan ini


Peserta yang terdiri daripada pelajar UPSI sedang khusyuk mendengar sesi diskusi ini


Wanita bersemangat waja.
Prof. Emeritus Dr. Nik Safiah Karim



Wanita gemilang
Pn. Norliza Jamaludin
Bersemangat berkongsi ilmu dengan para peserta

sesi diskusi semakin rancak

Barisan AJK program dan VIP

AJK BERSAMA PROF NIK


*Berilmu dengan BUKU, SESAT jadinya
*Berilmu dengan GURU, BERKAT jadinya

klik kalau berani

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kite nak tunang..leh tlg support x??

My PoWEr RANgERS

My Blog List