Photobucket

SaINg3

MARI PAKAT FOLOW

1 KLIKAN ANDA...PERTUNANGAN SAYA MAKIN HAMPIR

klik jika berani

1BLOGGER 1MALAYSIA

1.10.10

ASTAGHFIRULLAH....APA NAK JADI????


Ambil tindakan tegas perbuatan hina agama

UTUSAN ONLINE 
02-10-2010

KUALA LUMPUR 1 Okt. - Perbuatan menghina agama lain tidak boleh diterima di negara ini dan tindakan tegas harus diambil terhadap pihak yang melakukan perkara itu.
Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik Mustapha Nik Hassan berkata, dalam konteks Malaysia yang mempunyai penduduk berbilang kaum dan mengamalkan agama berlainan, setiap individu harus menghormati perkara itu bagi membentuk masyarakat yang harmoni.
"Dalam Islam, Allah tidak membenarkan kita menghina serta mempersendakan agama lain. Islam menghormati perkara itu.
"Sehubungan itu, sebarang tindakan yang boleh mencetuskan polemik antara agama harus dipandang serius.
"Malah tindakan tegas harus dikenakan terhadap mereka yang cuba menganggu-gugat keharmonian yang dinikmati selama ini," katanya ketika ditemui pada majlis Hari Raya Aidilfitri IKIM di sini hari ini.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.
Beliau mengulas tindakan seorang paderi, Benjamin Stephen yang didakwa menghina agama Islam dan Rasulullah ketika menyampaikan ceramah di sebuah gereja di Kuching, Sarawak baru-baru ini.
Mengulas tentang Islamophobia, Nik Mustapha berkata, penganjuran sesi dialog dan seminar antara agama dapat mencari jalan penyelesaian dan memperbetulkan tanggapan negatif masyarakat Barat terhadap Islam.
"Ia perlu bagi meleraikan kemelut dan kebencian terhadap agama Islam yang turut boleh menggugat kestabilan ekonomi antarabangsa dan mengancam keharmonian manusia sejagat," katanya.


Jangan sentuh soal sensitiviti kaum, agama
UTUSAN ONLINE 
02-10-2010

KUALA LUMPUR 1 Okt. - Kenyataan yang didakwa berbaur perkauman melibatkan segelintir pegawai awam tidak seharusnya dilihat sebagai pendirian kerajaan.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berkata, kerajaan memandang serius dan tidak akan bertolak ansur terhadap pegawai awam yang didakwa menyentuh soal sensitiviti kaum dan agama.
"Kerajaan tidak akan membiarkan tindakan yang bertentangan dengan keharmonian kaum yang dipupuk selama ini terutama di kalangan pegawai awam yang merupakan golongan pelaksana dasar-dasar kerajaan," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan ekoran arahan Kabinet yang meminta penyiasatan berhubung dakwaan kenyataan berbaur perkauman oleh Timbalan Pengarah Biro Tata Negara, Hamim Husin pada sesi tertutup dengan Pergerakan Puteri UMNO Isnin lalu.
Menurut Sidek, kerajaan juga akan berusaha membendung perbuatan tersebut yang boleh meruntuhkan kerukunan antara pelbagai kaum yang dinikmati selama ini.
"Ini termasuk mengenakan tindakan tatatertib sekiranya benar-benar didapati bersalah.
"Saya juga telah mengeluarkan Surat Pekeliling Am kepada semua Ketua Jabatan Kerajaan mengingatkan pegawai awam berhati-hati dan menghindari daripada mengeluarkan kenyataan sedemikian," katanya
Menurut beliau, Ketua Jabatan akan mengambil tindakan segera dan tegas berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 terhadap pegawai yang terbabit dengan pelanggaran peraturan itu.
"Tindakan secara pentadbiran menggantung pegawai awam yang didakwa mengeluarkan kenyataan sedemikian daripada tugasnya hendaklah juga diambil dengan serta-merta sementara menunggu siasatan lanjut.
"Langkah ini adalah untuk meredakan ketegangan yang mungkin timbul berikutan kenyataan yang berunsur hasutan yang didakwa dikeluarkan itu," katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau mahu orang ramai faham sebarang tindakan tatatertib ke atas pegawai awam perlu dibuat mengikut lunas undang-undang dan peraturan tatatertib yang diwartakan.
"Kerajaan tidak boleh tergesa-gesa mengenakan tindakan berdasarkan sesuatu dakwaan tanpa siasatan rapi serta mengikut undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa.
" Sebarang tindakan perlu dilaksanakan mengikut peraturan (peringkat demi peringkat) dan tempoh waktu seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang dan peraturan," ujarnya.
Menurut Sidek, langkah itu untuk memastikan tiada pihak yang dizalimi serta selaras dengan prinsip rule of law dan natural justice.
Dalam pada itu, beliau menyeru semua pihak menumpukan perhatian ke arah merealisasikan pelbagai program dan inisiatif yang telah dirancang kerajaan demi kemajuan dan kesejahteraan negara selaras menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.
"Kita tidak harus membiarkan anasir-anasir negatif menghalang perjalanan kita ke sasaran yang telah kita tetapkan.
"Ini adalah masanya untuk setiap daripada kita sebagai ahli masyarakat menunjukkan sikap yang tenang dan bersabar serta mengelak daripada membuat sebarang kenyataan atau reaksi tidak rasional yang boleh mengeruhkan lagi keadaan," katanya

ISU TERKINI


Seorang paderi, Benjamin Stephen telah menyampaikan ceramah yang menghina Islam, Al-Quran dan Nabi Muhammad SAW. Report polis telah dibuat atas penghinaan berbahasa Melayu ini yag dipercayai ceramah yang disampaikan di gereja Kuching.
Benjamin dikatakan berasal dari Johor dan adalah seorang yang murtad, sebab tu beliau dapat membaca Alfatihah dan menyampaikan pengetahuannya yang beliau dangkal beliau terhadap Islam dan mengubah mengikut nafsu beliau. Sebab dari apa yang disampaikan menunjukkan Benjamin itu sendiri jahil berkenaan Islam berbanding dengan Tn Hj Ayub Abd Rahman, bekas paderi yang menjawab tohmahan dari Benjamin.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Marshitah Ibrahim, telah meminta Kementerian Dalam Negeri dengan segera melakukan siasatan terperinci dan mengambil tindakan tegas terhadap seorang paderi Benjamin Stephen ini.


dunia sekarang macam2....nak tukar agama????Hina Agama????susah sangat ke agama islam???semua yang telah ditetapkan dalam hukum islam adalah untuk kebaikan kita semua..kenapa harus timbul isu ini???sama-samalh kita berdoa semoga mereka diberi petunjuk dan sedar bahawa islam adalah agama yang unggul dan sempurna...amin...


No comments:

klik kalau berani

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kite nak tunang..leh tlg support x??

My PoWEr RANgERS

My Blog List