askum...
entah kenapa...dia datang lagi....
perasaan rindu semakin tebal...walaupun aku tahu dia bukan milik aku lagi...perasaan yang kini aku rasakan salah telah kembali...
semalam sehingga 4 pagi..aku dilamun kerinduan pada insan yang dahulunya aku menyayanginya..menyanjunginya...dialah cinta pertama aku..Hamdan...
adakah salah untuk aku merinduinya????
aku sedaya upaya tidak mahu mengingatinya...
mana mungkin aku tidak sedih bila insan yang dhulunya milik aku kini telah berkahwin dan bakal menjadi seorang bapa.... Ya Allah...bantulah hambamu ini..
jauhkanlah aku dari fikirkan tentangnya...
semoga satu hari nanti akan ada insan yang benar3 memahami aku....menyayangi aku seadanya.....amin..
Suka Update Status
9 hours ago
4 comments:
salam
“cinta itu berhala jika salah mentafsirkan, kita menyembah dan memuja cinta melebihi menyembah dan memuji ALLAH”
nauzubillahiminzalik, cinta tak salah..mungkin hanya tidak tepat ketika saya lebih mencintai sang pujaan hati daripada mencintai... ALLAH..
Ketika saya kehilangan si dia, setiap kali saya ingat dia, saya mulai gelisah, keluar keringat dingin, bingung memikirkan langit kenapa warnanya biru, padahal memang biru warnanya, merasa bahawa hanya saya didunia ini yang hatinya patah, maka saya ingat ucapan guru mengaji saya “hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang” maka yang saya lakukan kemudian adalah membeli tasbih digital agar saya boleh tetap berzikir dimana pun dan bila, jika belum tenang juga saya membaca Al-Quran sehingga selesai patah hati, khatam saya membaca Al-Quran, sungguh dari patah hati ini ALLAH mengembalikan saya kepadanya, maka nikmat ALLAH yang mana lagikah yang sanggup saya mungkiri. Ditengah patahnya hati, saya khatam Quran dan berzikir lebih banyak lagi, sehingga kualiti keimanan saya secara automatik meningkat.
Ingatlah bahawa ALLAH Maha membolak balikkan hati dan keadaan, jika hari ini ALLAH masih menitipkan cinta maka janganlah menjadikan cinta itu berhala dengan memujanya seolah-olah dunia ini milik berdua, jumlah sms jadi lebih banyak dari jumlah rakaat solat, jumlah kredit telefon jadi lebih banyak dari wang yang kita sedekahkan, duduk berduaan ditempat sepi jadi lebih indah dihati daripada duduk tafakkur diatas sejadah dan bermesraan dengan ALLAH dan jika ALLAH membolak balikkan hati saya dan si dia dari cinta menjadi tak cinta maka gantilah kata patah hati dengan syukur hati kerana ALLAH lebih mencintai saya daripada si dia, terbukti ALLAH mengambil saya untuk dikembalikan ke dalam ribaanNya, limpahan kasih sayang dari kekasih hati yang baru dan selamanya iaitu ALLAH. Siapa yang tak mahu jadi kekasih ALLAH, tenang, damai, indah, cukup rasanya hidup ini !!
Saya + ALLAH = Cukup...
http://syaeirah.blogspot.com/2010/07/patah-hati_30.html
Allah
putuskan cinta kita dengan si dia sebab Allah nak kita dekat dengan Dia!
kalu rajen.. pergi bace entri cik jari sungguh menarik.. http://tari-jemari88.blogspot.com/
yakin la bahawa!! sesuatu pertemuan itu adalah kerana Allah dan sesuatu perpisahan itu juga kerana Allah!!..
Allah tidak kejam dengan hambanya!! kadang dia temukan kita dengan orag salah sebelum bertemu dengan insan yang sebenar-benarnya utk kita supaya kita sentiasa redha dan mengingatinya!!..
kadanag kala Allah tidak akan mengurniakan apa yang kita mahu tetapi dia menyediakan apa yang kita perlu!!
sabar adalah ubat yang paling mujarab!! bersujud ditikar sejadah adalah terapi yang paling mustajab!!..
dari membuang air mata dihening pagi utk insan yang sudah jauh pergi!! adlah lebih afdal!! menagis mendah tangan meyerah pada ketentuan takdir!!..
i was in your shoes!! kekuatan itu hanya wujud jika kita yakin kita kuat utk meghadapinya!!
am xpandai nk ckp pajang lebar. cm am bleh doa'n smoga u jpa ape yg u cari
Post a Comment