Photobucket

SaINg3

MARI PAKAT FOLOW

1 KLIKAN ANDA...PERTUNANGAN SAYA MAKIN HAMPIR

klik jika berani

1BLOGGER 1MALAYSIA

23.1.11

10 ditahan bantah novel Interlok


SEBAHAGIAN individu yang ditahan polis kerana enggan bersurai ketika membantah novel Interlok di Kampung Desa Puri, Tasek Gelugor semalam.


TASEK GELUGOR - Polis menahan 10 orang termasuk enam wanita setelah enggan bersurai semasa mengadakan perhimpunan haram membantah novel Interlok di hadapan Rumah Pangsa Kampung Desa Puri di sini semalam.
Mereka yang berusia 18 hingga 46 tahun ditahan kira-kira pukul 10.15 pagi kerana mengadakan perhimpunan sambil membawa beberapa poster bantahan terhadap penggunaan novel berkenaan sebagai buku teks di sekolah.
Walaupun polis yang berkawal mengarahkan kumpulan yang diketuai Setiausaha Agung Kumpulan Pelajar-Pelajar Tamil Malaysia, A. Kalaimugilan itu bersurai, namun mereka ingkar dan terus berhimpun tanpa permit.
Perhimpunan itu bertukar sedikit kecoh apabila Kalaimugilan dilihat bertengkar dengan seorang anggota polis yang memintanya supaya menghentikan bantahan tersebut kerana ia mula mengganggu lalu lintas di situ.
Tindakan pantas polis berjaya mengelakkan ketegangan apabila mengarahkan kumpulan terbabit menaiki van untuk dibawa ke balai bagi memberi keterangan.

1 comment:

ahLia shahril said...

salam

novel tu pasal aper?


-ambo ore klate jugok-

klik kalau berani

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kite nak tunang..leh tlg support x??

My PoWEr RANgERS

My Blog List