Photobucket

SaINg3

MARI PAKAT FOLOW

1 KLIKAN ANDA...PERTUNANGAN SAYA MAKIN HAMPIR

klik jika berani

1BLOGGER 1MALAYSIA

17.3.11

TSUNAMI DI JEPUN

Berdasarkan kepada sejarah lampau negara Jepun, pernah berlaku bencana kesan daripada tenaga nuklear seperti detik hitam yang melihat Hiroshima dan juga Nagasaki hancur seperti padang bola yang kosong kerana bom atom. Tetapi jika kita lihat Negara Jepun tidak berhenti di situ apabila Pembangunan tenaga nuklear itu sebagai salah satu kaedah untuk memajukan negaranya walaupun mereka sendiri tahu akan kesannya.

walaupun menyedari  negara mereka terletak dalam kawasan Lingkaran Api Pasifik yang cenderung dilanda gempa bumi,  bukan penghalang untuk mereka memanfaatkan khazanah  itu sebaik mungkin. Hingga kini, Jepun sudah memiliki 55 loji nuklear sekali gus antara yang terbanyak di dunia.

Walaupun mereka sedar akan bahaya tenaga nuklear, sumber itu tetap menjadi pilihan utama bagi membekalkan jumlah tenaga yang besar dan murah untuk jangka masa panjang. Sehingga kini, loji-loji nuklear di Jepun dapat membekalkan 30 peratus keperluan elektrik negara.


Jepun mula mengimport reaktor kuasa nuklear pertamanya dari UK, Tokai-1 iaitu reaktor sistem penyejukan (Magnox) yang dibangunkan oleh GEC dengan kapasiti 160 megawatt. 
Ia mula beroperasi pada Julai 1966 sehingga Mac 1998. Kejayaan itu menjadi pencetus kepada pembinaan lebih banyak loji nuklear baru di Jepun yang sehingga kini mencecah angka 55.
Bagaimanapun, keghairahan Jepun terhadap teknologi nuklear direntap baru-baru ini apabila gempa bumi berukuran 9 magnitud yang melanda negara tersebut menyebabkan siri letupan di loji nuklear Fukushima Daiichi. Bencana tsunami yang mengorban lebih 10,000 nyawa itu menyaksikan berlaku kebocoran pada loji tersebut sehingga wap radiasi dibimbangi boleh menjejaskan kesihatan dan mengancam nyawa 128 juta orang di negara Matahari Terbit.
onigiriemoticon




rentetan  insiden siri letupan di loji nuklear Fukushima Daiichi milik TEPCO akibat daripada gempa bumi baru-baru ini

*mudah-mudahan mereka dilindungi daripada sebarang malapetaka*

.

4 comments:

zati embong said...

betul,moga2 semuanya di lindungi.

ATikah Mustapa said...

zati:betul tu..semoga semuanya dilinndungi..walaupun berlainan bangsa dan budaya

abadi romeo said...

semoga semuanya selamat dari bencana..

ATikah Mustapa said...

abadi"semoga semuanya slamat sejahtera

klik kalau berani

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kite nak tunang..leh tlg support x??

My PoWEr RANgERS

My Blog List