Saya Hanya Cakap Apa Yang Jejai Beritahu-Nora Danish | ||
|
Saya Hanya Beritahu Apa Yang Jejai Beritahu-Nora Danish Hubungan bersama lelaki bernamakan Rizal Ashram Ramli sudah tiga tahun berakhir, namun, sehingga kini namanya tidak pernah terlepas daripada dikaitkan dengan lelaki yang digelar Jejai itu. Malah, kisah perpisahan antara Jejai dan kekasihnya baru-baru ini turut memalitkan kontroversi buruk dalam kehidupan pelakon drama Puteri ini. Dikatakan menjadi punca pada perpisahan bekas suaminya bersama pelakon popular, Fasha Sandha, Nora juga ditempias gosip yang mengatakan dirinya mengalami penyakit, meroyan. Semua cerita mengenai dia dan bekas suaminya begitu kejam untuk ibu tunggal ini menerimanya, malah ketika ditemui, Nora Danish melahirkan rasa terkilan terhadap semua fitnah yang datang kepadanya. "Sudah tiga tahun perkara ini berlarutan,tapi perkara ini tidak juga berpenghujung, malah semakin hari ia makin berlarutan dan bertambah teruk. "Selepas bercerai, saya tidak masuk campur sebarang perkara mengenai bekas suami (Jejai), jadi saya tidak faham mengapa nama saya dikaitkan sebagai orang ketiga perpisahan mereka ini. "Saya memang terkilan bila dituduh sebagai penghasut, sedangkan semua orang tahu siapa bekas keluarga mertua saya. Tuan Seri dan Puan Seri adalah orang yang berpengaruh dan mereka golongan berpendidikan, jadi tidak mungkin saya boleh menghasut mereka dengan benda-benda sebegini. "Dari awal lagi hubungan mereka memang tidak direstui oleh keluarga mertua, jadi jika hari ini mereka putus kerana tiada restu, itu bukan kerana mulut saya yang menghasut. Apa pun yang berlaku, adalah daripada mereka sendiri tanpa meminta sebarang pandangan daripada saya. "Selepas berpisah, antara saya tidak berminat untuk mengetahui tentang hubungan mereka, dan saya selesa membawa diri saya sendiri daripada mencampuri hal percintaan mereka,"luah Nora. Tidak Berbohong Mengeluarkan kenyataan di sebuah media, dengan mengatakan Jejai sudah berpisah dengan Fasha lebih kurang dua bulan yang lepas seakan menimbulkan rasa tidak puas hati di sisi Fasha. Dan ketika diajukan tentang perkara itu, Nora bagaimanapun menjelaskan dia hanya berkata jujur setelah mengetahuinya daripada Jejai. "Saya hanya beritahu media, apa yang telah diberitahu Jejai. Dan saya tidak tahu ianya benar atau pun tidak, itu semua bergantung pada Jejai untuk bercerita benar ataupun tidak. "Jejai yang memberitahu saya dan keluarga sewaktu di Jepun, katanya, dia sudah pun berpisah dengan Fasha sejak dua bulan lepas. Bukan saya yang sengaja meletakkan tempoh itu, jika dia (Fasha) rasa saya membuat kenyataan yang salah, itu bermakna Jejai memberitahu saya fakta yang salah. "Saya tidak tahu, itu antara mereka, dan saya harap perkara itu juga tidak dikaitkan dengan saya,"luahnya lagi. Tidak Akan Kembali Melihat hubungan baiknya bersama bekas suaminya sekarang ini, Nora tidak mahu apa yang hubungan ini disalah ertikan oleh sesetengah pihak. Tidak mungkin akan kembali bersama semula, jelas Nora dia lebih selesa dengan statusnya sekarang. "Untuk kembali semula pada Jejai, mungkin tidak. Selepas bercerai, saya selesa begini, saya lebih suka jika hubungan kami sekadar ibu dan bapa pada Raykal, dan selain kami juga berkawan baik. "Kami pernah menjadi suami dan isteri dahulu, dan ternyata hubungan kami lebih baik begini. Saya tidak meneruskan hubungan bersamanya bukan sahaja sebagai suami isteri malah sebagai kekasih juga begitu, jadi biarkan kami begini sahaja,"jelas fasha. Berhati-hati untuk bercinta semula Menebak pada persoalan tentang dirinya yang kini sudah mempunyai kekasih baru, dan ia diakui sendiri oleh Jejai dalam satu media baru-baru ini, Nora bagaimanapun masih enggan memperkenalkannya kepada umum. "Saya juga pelik dengan pengakuannya itu, sebenarnya memang benar saya ada berkawan dengan seseorang, tapi untuk memperkenalkannya kepada semua, buat masa ini masih belum sesuai lagi, sebab saya masih lagi dalam proses mengenali. "Saya pernah berkahwin dan juga sudah mengalami perceraian, jadi sukar untuk saya membuat keputusan, dan banyak perkara perlu saya fikirkan terlebih dahulu sebelum memperkenalkan orang yang istimewa itu,"jelasnya yang sekarang ini sedang bercuti daripada lakonan. Hubungan bersama lelaki bernamakan Rizal Ashram Ramli sudah tiga tahun berakhir, namun, sehingga kini namanya tidak pernah terlepas daripada dikaitkan dengan lelaki yang digelar Jejai itu. Malah, kisah perpisahan antara Jejai dan kekasihnya baru-baru ini turut memalitkan kontroversi buruk dalam kehidupan pelakon drama Puteri ini. Dikatakan menjadi punca pada perpisahan bekas suaminya bersama pelakon popular, Fasha Sandha, Nora juga ditempias gosip yang mengatakan dirinya mengalami penyakit, meroyan. Semua cerita mengenai dia dan bekas suaminya begitu kejam untuk ibu tunggal ini menerimanya, malah ketika ditemui, Nora Danish melahirkan rasa terkilan terhadap semua fitnah yang datang kepadanya. "Sudah tiga tahun perkara ini berlarutan,tapi perkara ini tidak juga berpenghujung, malah semakin hari ia makin berlarutan dan bertambah teruk. "Selepas bercerai, saya tidak masuk campur sebarang perkara mengenai bekas suami (Jejai), jadi saya tidak faham mengapa nama saya dikaitkan sebagai orang ketiga perpisahan mereka ini. "Saya memang terkilan bila dituduh sebagai penghasut, sedangkan semua orang tahu siapa bekas keluarga mertua saya. Tuan Seri dan Puan Seri adalah orang yang berpengaruh dan mereka golongan berpendidikan, jadi tidak mungkin saya boleh menghasut mereka dengan benda-benda sebegini. "Dari awal lagi hubungan mereka memang tidak direstui oleh keluarga mertua, jadi jika hari ini mereka putus kerana tiada restu, itu bukan kerana mulut saya yang menghasut. Apa pun yang berlaku, adalah daripada mereka sendiri tanpa meminta sebarang pandangan daripada saya. "Selepas berpisah, antara saya tidak berminat untuk mengetahui tentang hubungan mereka, dan saya selesa membawa diri saya sendiri daripada mencampuri hal percintaan mereka,"luah Nora. Tidak Berbohong Mengeluarkan kenyataan di sebuah media, dengan mengatakan Jejai sudah berpisah dengan Fasha lebih kurang dua bulan yang lepas seakan menimbulkan rasa tidak puas hati di sisi Fasha. Dan ketika diajukan tentang perkara itu, Nora bagaimanapun menjelaskan dia hanya berkata jujur setelah mengetahuinya daripada Jejai. "Saya hanya beritahu media, apa yang telah diberitahu Jejai. Dan saya tidak tahu ianya benar atau pun tidak, itu semua bergantung pada Jejai untuk bercerita benar ataupun tidak. "Jejai yang memberitahu saya dan keluarga sewaktu di Jepun, katanya, dia sudah pun berpisah dengan Fasha sejak dua bulan lepas. Bukan saya yang sengaja meletakkan tempoh itu, jika dia (Fasha) rasa saya membuat kenyataan yang salah, itu bermakna Jejai memberitahu saya fakta yang salah. "Saya tidak tahu, itu antara mereka, dan saya harap perkara itu juga tidak dikaitkan dengan saya,"luahnya lagi. Tidak Akan Kembali Melihat hubungan baiknya bersama bekas suaminya sekarang ini, Nora tidak mahu apa yang hubungan ini disalah ertikan oleh sesetengah pihak. Tidak mungkin akan kembali bersama semula, jelas Nora dia lebih selesa dengan statusnya sekarang. "Untuk kembali semula pada Jejai, mungkin tidak. Selepas bercerai, saya selesa begini, saya lebih suka jika hubungan kami sekadar ibu dan bapa pada Raykal, dan selain kami juga berkawan baik. "Kami pernah menjadi suami dan isteri dahulu, dan ternyata hubungan kami lebih baik begini. Saya tidak meneruskan hubungan bersamanya bukan sahaja sebagai suami isteri malah sebagai kekasih juga begitu, jadi biarkan kami begini sahaja,"jelasnya. Berhati-hati untuk bercinta semula Menebak pada persoalan tentang dirinya yang kini sudah mempunyai kekasih baru, dan ia diakui sendiri oleh Jejai dalam satu media baru-baru ini, Nora bagaimanapun masih enggan memperkenalkannya kepada umum. "Saya juga pelik dengan pengakuannya itu, sebenarnya memang benar saya ada berkawan dengan seseorang, tapi untuk memperkenalkannya kepada semua, buat masa ini masih belum sesuai lagi, sebab saya masih lagi dalam proses mengenali. "Saya pernah berkahwin dan juga sudah mengalami perceraian, jadi sukar untuk saya membuat keputusan, dan banyak perkara perlu saya fikirkan terlebih dahulu sebelum memperkenalkan orang yang istimewa itu,"jelasnya yang sekarang ini sedang bercuti daripada lakonan. “Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain,” katanya menerusi e-mel yang dihantar kepada wartawan Harian Metro, semalam. Kenyataan Jejai itu sekali gus menamatkan teka-teki yang sebelum ini dicetuskan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27, apabila berkata hanya dia dan Jejai yang tahu mengenai status terkini perhubungan cinta mereka. Kiriman e-mel Jejai itu juga secara tidak langsung membersihkan nama Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 29, yang sebelum ini didakwa menggunakan keluarga bekas mentuanya untuk memutuskan hubungan Jejai dan Fasha. “Walaupun dalam penulisan (gosip di akhbar) tidak menamakan artis berkenaan, tapi sesiapa yang membaca pasti akan mengetahui siapa artis yang dimaksudkan. Sebenarnya ia tidak pernah berlaku seperti ditulis. “Dakwaan dia (Nora Danish) menggunakan keluarga saya untuk memisahkan (saya dan Fasha) tidak pernah berlaku. Apa yang berlaku dalam keluarga saya, saya tahu semuanya,” kata Jejai menerusi e-melnya. Jejai turut menegaskan dakwaan mengatakan Nora gila talak amat keterlaluan. “Saya pasti dia (Nora Danish) tidak pernah gila talak. Dia sedang mengenali seseorang, malahan saya mengenali lelaki itu. Dia seorang yang baik dan dihormati. Fasha juga tidak pernah mengugut saya. Itu adalah pasti. Dia bukan seorang yang berkelakuan begitu,” katanya. Jejai turut menegaskan kenyataan diberikan mengenai isu perhubungan cintanya itu yang terakhir dan berharap ia tidak lagi diperkatakan atau ada pihak cuba menjadikan ia sebagai satu isu. |
No comments:
Post a Comment