Photobucket

SaINg3

MARI PAKAT FOLOW

1 KLIKAN ANDA...PERTUNANGAN SAYA MAKIN HAMPIR

klik jika berani

1BLOGGER 1MALAYSIA

28.1.11

Siapa saya?

saya adalah makhluk Allah yang penuh dengan kesilapan

kesilapan yang saya lakukan mungkin tidak disedari oleh saya

jika bukan teguran anda, sampai bila diri saya akan berubah???

-----

-----

----

----

apa???
saya marah jika saya ditegur??

-----

memang saya akui...saya sukar menerma teguran..
mungkin teguran itu bagi saya terlalu kasar...

-----
-----

apa kata jika anda tegur akan kesilapan saya dengan sikap yang sepatutnya??
jangan sekadar tegur untk kepuasan diri
tegurlah dengan hati yang bersih..penuh keikhlasan...
supaya saya sedar akan diri saya yg sbenarnya..


ikhlas dari

atikah

RAGAM DUNIA

Saya Hanya Cakap Apa Yang Jejai Beritahu-Nora Danish
DITULIS OLEH WAHIDA OTHMAN    KHAMIS, 27 JANUARI 2011 15:03   E-mail

share
Saya Hanya Beritahu Apa Yang Jejai Beritahu-Nora Danish
Hubungan bersama lelaki bernamakan Rizal Ashram Ramli sudah tiga tahun berakhir, namun, sehingga kini namanya tidak pernah terlepas daripada dikaitkan dengan lelaki yang digelar Jejai itu.
Malah, kisah perpisahan antara Jejai dan kekasihnya baru-baru ini turut memalitkan kontroversi buruk dalam kehidupan pelakon drama Puteri ini.
Dikatakan menjadi punca pada perpisahan bekas suaminya bersama pelakon popular, Fasha Sandha, Nora juga ditempias gosip yang mengatakan dirinya mengalami penyakit, meroyan.
Semua cerita mengenai dia dan bekas suaminya begitu kejam untuk ibu tunggal ini menerimanya, malah ketika ditemui, Nora Danish melahirkan rasa terkilan terhadap semua fitnah yang datang kepadanya.
"Sudah tiga tahun perkara ini berlarutan,tapi perkara ini tidak juga berpenghujung, malah
semakin hari ia makin berlarutan dan bertambah teruk.
"Selepas bercerai, saya tidak masuk campur sebarang perkara mengenai bekas suami (Jejai),
jadi saya tidak faham mengapa nama saya dikaitkan sebagai orang ketiga perpisahan mereka
ini.
"Saya memang terkilan bila dituduh sebagai penghasut, sedangkan semua orang tahu siapa bekas
keluarga mertua saya. Tuan Seri dan Puan Seri adalah orang yang berpengaruh dan mereka
golongan berpendidikan, jadi tidak mungkin saya boleh menghasut mereka dengan benda-benda
sebegini.
"Dari awal lagi hubungan mereka memang tidak direstui oleh keluarga mertua, jadi jika hari
ini mereka putus kerana tiada restu, itu bukan kerana mulut saya yang menghasut. Apa pun
yang berlaku, adalah daripada mereka sendiri tanpa meminta sebarang pandangan daripada saya.
"Selepas berpisah, antara saya tidak berminat untuk mengetahui tentang hubungan mereka, dan
saya selesa membawa diri saya sendiri daripada mencampuri hal percintaan mereka,"luah Nora.
Tidak Berbohong
Mengeluarkan kenyataan di sebuah media, dengan mengatakan Jejai sudah berpisah dengan Fasha lebih kurang dua bulan yang lepas seakan menimbulkan rasa tidak puas hati di sisi Fasha.
Dan ketika diajukan tentang perkara itu, Nora bagaimanapun menjelaskan dia hanya berkata jujur setelah mengetahuinya daripada Jejai.
"Saya hanya beritahu media, apa yang telah diberitahu Jejai. Dan saya tidak tahu ianya benar
atau pun tidak, itu semua bergantung pada Jejai untuk bercerita benar ataupun tidak.
"Jejai yang memberitahu saya dan keluarga sewaktu di Jepun, katanya, dia sudah pun berpisah
dengan Fasha sejak dua bulan lepas. Bukan saya yang sengaja meletakkan tempoh itu, jika dia
(Fasha) rasa saya membuat kenyataan yang salah, itu bermakna Jejai memberitahu saya fakta
yang salah.
"Saya tidak tahu, itu antara mereka, dan saya harap perkara itu juga tidak dikaitkan dengan
saya,"luahnya lagi.
Tidak Akan Kembali
Melihat hubungan baiknya bersama bekas suaminya sekarang ini, Nora tidak mahu apa yang hubungan ini disalah ertikan oleh sesetengah pihak. Tidak mungkin akan kembali bersama semula, jelas Nora dia lebih selesa dengan statusnya sekarang.
"Untuk kembali semula pada Jejai, mungkin tidak. Selepas bercerai, saya selesa begini, saya lebih suka jika hubungan kami sekadar ibu dan bapa pada Raykal, dan selain kami juga berkawan baik.
"Kami pernah menjadi suami dan isteri dahulu, dan ternyata hubungan kami lebih baik begini. Saya tidak meneruskan hubungan bersamanya bukan sahaja sebagai suami isteri malah sebagai kekasih juga begitu, jadi biarkan kami begini sahaja,"jelas fasha.
Berhati-hati untuk bercinta semula
Menebak pada persoalan tentang dirinya yang kini sudah mempunyai kekasih baru, dan ia diakui sendiri oleh Jejai dalam satu media baru-baru ini, Nora bagaimanapun masih enggan memperkenalkannya kepada umum.
"Saya juga pelik dengan pengakuannya itu, sebenarnya memang benar saya ada berkawan dengan seseorang, tapi untuk memperkenalkannya kepada semua, buat masa ini masih belum sesuai lagi, sebab saya masih lagi dalam proses mengenali.
"Saya pernah berkahwin dan juga sudah mengalami perceraian, jadi sukar untuk saya membuat keputusan, dan banyak perkara perlu saya fikirkan terlebih dahulu sebelum memperkenalkan orang yang istimewa itu,"jelasnya yang sekarang ini sedang bercuti daripada lakonan.
Hubungan bersama lelaki bernamakan Rizal Ashram Ramli sudah tiga tahun berakhir, namun, sehingga kini namanya tidak pernah terlepas daripada dikaitkan dengan lelaki yang digelar Jejai itu.
Malah, kisah perpisahan antara Jejai dan kekasihnya baru-baru ini turut memalitkan kontroversi buruk dalam kehidupan pelakon drama Puteri ini.
Dikatakan menjadi punca pada perpisahan bekas suaminya bersama pelakon popular, Fasha Sandha, Nora juga ditempias gosip yang mengatakan dirinya mengalami penyakit, meroyan.

Semua cerita mengenai dia dan bekas suaminya begitu kejam untuk ibu tunggal ini menerimanya, malah ketika ditemui, Nora Danish melahirkan rasa terkilan terhadap semua fitnah yang datang kepadanya.
"Sudah tiga tahun perkara ini berlarutan,tapi perkara ini tidak juga berpenghujung, malah semakin hari ia makin berlarutan dan bertambah teruk.
"Selepas bercerai, saya tidak masuk campur sebarang perkara mengenai bekas suami (Jejai), jadi saya tidak faham mengapa nama saya dikaitkan sebagai orang ketiga perpisahan mereka ini.
"Saya memang terkilan bila dituduh sebagai penghasut, sedangkan semua orang tahu siapa bekas keluarga mertua saya. Tuan Seri dan Puan Seri adalah orang yang berpengaruh dan mereka golongan berpendidikan, jadi tidak mungkin saya boleh menghasut mereka dengan benda-benda sebegini.
"Dari awal lagi hubungan mereka memang tidak direstui oleh keluarga mertua, jadi jika hari ini mereka putus kerana tiada restu, itu bukan kerana mulut saya yang menghasut. Apa pun yang berlaku, adalah daripada mereka sendiri tanpa meminta sebarang pandangan daripada saya. 
Nora kini bahagia dengan kehidupannya sekarang


"Selepas berpisah, antara saya tidak berminat untuk mengetahui tentang hubungan mereka, dan saya selesa membawa diri saya sendiri daripada mencampuri hal percintaan mereka,"luah Nora.
Tidak Berbohong
Mengeluarkan kenyataan di sebuah media, dengan mengatakan Jejai sudah berpisah dengan Fasha lebih kurang dua bulan yang lepas seakan menimbulkan rasa tidak puas hati di sisi Fasha.
Dan ketika diajukan tentang perkara itu, Nora bagaimanapun menjelaskan dia hanya berkata jujur setelah mengetahuinya daripada Jejai.
"Saya hanya beritahu media, apa yang telah diberitahu Jejai. Dan saya tidak tahu ianya benar atau pun tidak, itu semua bergantung pada Jejai untuk bercerita benar ataupun tidak.
"Jejai yang memberitahu saya dan keluarga sewaktu di Jepun, katanya, dia sudah pun berpisah dengan Fasha sejak dua bulan lepas. Bukan saya yang sengaja meletakkan tempoh itu, jika dia (Fasha) rasa saya membuat kenyataan yang salah, itu bermakna Jejai memberitahu saya fakta yang salah.
"Saya tidak tahu, itu antara mereka, dan saya harap perkara itu juga tidak dikaitkan dengan saya,"luahnya lagi.
Tidak Akan Kembali
Melihat hubungan baiknya bersama bekas suaminya sekarang ini, Nora tidak mahu apa yang hubungan ini disalah ertikan oleh sesetengah pihak. Tidak mungkin akan kembali bersama semula, jelas Nora dia lebih selesa dengan statusnya sekarang.
"Untuk kembali semula pada Jejai, mungkin tidak. Selepas bercerai, saya selesa begini, saya lebih suka jika hubungan kami sekadar ibu dan bapa pada Raykal, dan selain kami juga berkawan baik.
"Kami pernah menjadi suami dan isteri dahulu, dan ternyata hubungan kami lebih baik begini. Saya tidak meneruskan hubungan bersamanya bukan sahaja sebagai suami isteri malah sebagai kekasih juga begitu, jadi biarkan kami begini sahaja,"jelasnya.
Berhati-hati untuk bercinta semula
Menebak pada persoalan tentang dirinya yang kini sudah mempunyai kekasih baru, dan ia diakui sendiri oleh Jejai dalam satu media baru-baru ini, Nora bagaimanapun masih enggan memperkenalkannya kepada umum.
"Saya juga pelik dengan pengakuannya itu, sebenarnya memang benar saya ada berkawan dengan seseorang, tapi untuk memperkenalkannya kepada semua, buat masa ini masih belum sesuai lagi, sebab saya masih lagi dalam proses mengenali.
"Saya pernah berkahwin dan juga sudah mengalami perceraian, jadi sukar untuk saya membuat keputusan, dan banyak perkara perlu saya fikirkan terlebih dahulu sebelum memperkenalkan orang yang istimewa itu,"jelasnya yang sekarang ini sedang bercuti daripada lakonan.



“Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain,” katanya menerusi e-mel yang dihantar kepada wartawan Harian Metro, semalam.
Kenyataan Jejai itu sekali gus menamatkan teka-teki yang sebelum ini dicetuskan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27, apabila berkata hanya dia dan Jejai yang tahu mengenai status terkini perhubungan cinta mereka.
Kiriman e-mel Jejai itu juga secara tidak langsung membersihkan nama Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 29, yang sebelum ini didakwa menggunakan keluarga bekas mentuanya untuk memutuskan hubungan Jejai dan Fasha.
Jejai berkata, dia terpaksa membuat kenyataan dan penjelasan mengenai status perhubungannya dengan Fasha berikutan terlalu banyak fakta tidak betul mengenai mereka diperkatakan media dan di Internet, biarpun dalam bentuk gosip.
“Walaupun dalam penulisan (gosip di akhbar) tidak menamakan artis berkenaan, tapi sesiapa yang membaca pasti akan mengetahui siapa artis yang dimaksudkan. Sebenarnya ia tidak pernah berlaku seperti ditulis.
“Dakwaan dia (Nora Danish) menggunakan keluarga saya untuk memisahkan (saya dan Fasha) tidak pernah berlaku. Apa yang berlaku dalam keluarga saya, saya tahu semuanya,” kata Jejai menerusi e-melnya.
Jejai turut menegaskan dakwaan mengatakan Nora gila talak amat keterlaluan.
“Saya pasti dia (Nora Danish) tidak pernah gila talak. Dia sedang mengenali seseorang, malahan saya mengenali lelaki itu. Dia seorang yang baik dan dihormati. Fasha juga tidak pernah mengugut saya. Itu adalah pasti. Dia bukan seorang yang berkelakuan begitu,” katanya.
Jejai turut menegaskan kenyataan diberikan mengenai isu perhubungan cintanya itu yang terakhir dan berharap ia tidak lagi diperkatakan atau ada pihak cuba menjadikan ia sebagai satu isu.

GERUN ATASI SEGALANYA

assalamualaikum...

alhamdullillah masa saya berkoya  sedang mencoret ni...saya sudah pun selamat sampai di rumah akak saya di danau kota. Maklumlah cuti raya cina kot...dahlah seminggu...esok lau xder aral melintang..lehla aku balik KELANTAN. Hari ni aku rasa letih sangat...mana xletihnya...try korang tgok jadual aku hari ni...

TANJUNG MALIM-------;HANG TUAH-------PASAR SENI------
                                     WANGSA  MAJU--------UMAH AKAK AKU(DANAU KOTA)------DANAU 
                                KOTA------WANGSA MAJU---------MASJID JAMEK----TAMAN 
       MALURI------DANAU KOTA (UMAH AKAK AKU)...
              

How???very interensting)...mesti korang tertanya2 nape aku leh g jalan2 like that??

story dia gni.....aku sampai umah akak aku dalm kul 2.30 ptg tadi...bila sampai umah dia...umah dia memang terkey...memag sah2 x org kat umah...tetiba aku teringat hp aku dalam beg...fuh....

1message received...
14miscoll....dari family: junaini...(akak aku)...

dia kol sbb nak gtaw depa nak g jalan tar...nasblah...sape suh silent hp...terpaksalah aku naik lrt balik dari wangsa maju...pgi ke masjid jamek...letih beb...fuh2...sabar2 jela..

---------


-------
-------


moral dia kat sini....lenkali ada hp always make sure that its in a normal tone....not silent ok....BEWARE>>>.

27.1.11

WANITA@WANITAIK

salam...
terkejut dengan title diatas???terlalu mengotorkan???itulah realiti dunia kita sekarang...masing2 try to get their future...ada yang sanggup kawin dengan datuk tua sbb nak duit...padahal dalam hati....menyampahnya jantan keparat ni.

KISAH BENAR 999...

Dalam sebuah kampung, terdapat sepasang suami isteri yang telah tua. hidup mereka seolah-olah  menunggu masa untuk ke alam lain..si suami ni seorang yang setia...rajin...alim....jika nak dibandingkan dengan isterinya yang tidak habi2 menyalahkan takdir. Nak dijadikan story...isterinya yg tidak tahan dengan nasib dirinya yang dilanda kemiskinan..terus berjumpa dengan bomoh...dengan izin bomoh itu..........................perempuan tadi yang sudah tua sudah bertukar menjadi seorang perawan yang gorgeus...very2 diminati ramai........
namun...perempuan itu nekad...meninggalkn suaminya dikampung...lalu berkahwin dengan seorang lelaki tua, kaya dan mati p***k. bagi memastikan suami barunya menurut katanya,,,setiap kali masak nasik...nasik itu akan diwapkan dengan kankangnya....diberikan air minuman basuhan kakinya...jijijik..

dengan takdir Allah...isteri derhaka itu tadi,,,mengandungkan anak babi...kerana perangainya yang suka mengambil kesempatan..dan akhirnya mati terbunuh...dilanggar babi..

26.1.11

INGAT LAGI DULU-DULU

Hai semua...
salam 1 Malaysia...1 Blogger...1 manusia...
hari ni tetibe je tikah aser nak remind kmbali masa dulu-dulu
mesti bende2 ni sumer kita uat dulu2...kan@@@...

1. masa Sek.dulu...kita xguna pen...guna pencil atau kelantan panggil kale...dulu kita suker guna yg kaler merah yang 20sen punyer kan...punyalah bangga,,,sekali nak sharpe pulak...guna pisau...mulalah pergi kat belakang..dekat tong sampah..kat atas ermin jugak port kita nak asah kepala pencil tu...hitam belegam kat c2..tangan pun dah jadi negro...kan2???

2. dulu...kiter guna sharpener yang mahal taw...cikgu beli satu...ala yg boleh lekatkan atas meja...cikgu beli satu...yang guna ramai....


3. dulu masa sekolah...mana ada drwing blok yang like skunk ni...dulu nak guna kena beli shelai kertas lukisan..punyerlah susah..tapi best..sebb ada 1 tu..jimat2 la...hehhehe


4. masa sek dulu..time ari ahad...kiter pakai kain sekolah kaler biru...tapi kat dalam kita pakai suar trek taw...nak tahu kenapa??sebab ada bintang pagi2 yang suka ggit betis kiter...nama dia langau atau rengit(yeker)hehhe...sekali bila naik tangga...kain duk paras lutut...bogel2 sluar trek nampak..hehhe...
5. dulu masa sek.rendah...mak suh mandi...tapi kita basuh kepala...bila mak tanya..kita tonyoh rambut kat dia...bukti kiter mandi...
6. dulu kiter slalu kena denda...denda paling glamour...diri atas kusi..ada yg lebih teruk kena cabut rumput kat padang...
7. dulu dapat RMT...punyerla hurry pg sekulah...takut makanan habis...
8. dulu pergi sekulah awal...sbb nk tiru keje sekolah member...

9. masa balik sekolah...selalu beli aiskrim poli pong...10sen je masa tu...pastu ptong dua plak,,,takut hurry habis...



10. dulu kena fardhu ain....punyer la liat...bila orang dah smayang kita main kat blakang..time orang duk tahiyyat akgir...kita terus duk tahiyyat jugak...bijak2...



Ini semua memori dahulu...kenangan yang indah untuk dilupakan. PENGALAMAN mengajar kita erti kehidupan...

apa senyum2......ha...kan dah kena batang hidung sndri...wa...kita sesikap la...hehhehe...

---(*_*)DIET SHAYE(*+*)-----

assalamualaiku..

how ur life???
my life sangat bz....sangat memenatkan..sangat meletihkan..
nak tahu kenapa meletihkan??

sbenarnya mak saya dh tell to saya..

uyu....blaja2 jugak..makan kena jaga..

sebenarnya saya ni suka makan..tapi disebabkan oleh perangai saya yg xleh ditegur..saya try kurangkan makan saya...saya kalau boleh saya xnak makan sehari sntuk..tapi xleh..nanti sakit perut...FreNz saya tell me...saya makin berisi...YEKE???

xkisahlah saya makan ke tak...yg penting duit xhbis...hehheee...

okla...atually..tujuan utama saya post ni untuk beritahu saya sedang berdiet....

nak tahu apa yang saya buat untuk BERDIETKAN DIRI mendIri SAya...JOM TERJAH


----pagi2 saya bangun,,,saya minum air masak....lepas tu saya makan oat>

----tengari,,sya masak...makan sikit jer>

----malam..saya xmakan dah...saya juz minum OAt lagi>


???????GUYS OK X DIET SAYE????

23.1.11

10 ditahan bantah novel Interlok


SEBAHAGIAN individu yang ditahan polis kerana enggan bersurai ketika membantah novel Interlok di Kampung Desa Puri, Tasek Gelugor semalam.


TASEK GELUGOR - Polis menahan 10 orang termasuk enam wanita setelah enggan bersurai semasa mengadakan perhimpunan haram membantah novel Interlok di hadapan Rumah Pangsa Kampung Desa Puri di sini semalam.
Mereka yang berusia 18 hingga 46 tahun ditahan kira-kira pukul 10.15 pagi kerana mengadakan perhimpunan sambil membawa beberapa poster bantahan terhadap penggunaan novel berkenaan sebagai buku teks di sekolah.
Walaupun polis yang berkawal mengarahkan kumpulan yang diketuai Setiausaha Agung Kumpulan Pelajar-Pelajar Tamil Malaysia, A. Kalaimugilan itu bersurai, namun mereka ingkar dan terus berhimpun tanpa permit.
Perhimpunan itu bertukar sedikit kecoh apabila Kalaimugilan dilihat bertengkar dengan seorang anggota polis yang memintanya supaya menghentikan bantahan tersebut kerana ia mula mengganggu lalu lintas di situ.
Tindakan pantas polis berjaya mengelakkan ketegangan apabila mengarahkan kumpulan terbabit menaiki van untuk dibawa ke balai bagi memberi keterangan.

MEREKA

mereka
ke lembah itu
ruang dibanjiri lautan
dipenuhi kejahatan

mereka
manusia normal
namun tiada akal
terjerumus dan tersungkur
berpaut pada amalan

mereka
insan mulia di sisi Allah
sentiasa disayangi
taubat nasuha
bertaubat tanpa lakukannnya lagi

ATIKAH MUSTAPA

UPSI, TANJUNG MALIM

JURANG PEMIKIRAN





sempitnya pemikiran mereka
mengharamkan sesuatu yang pasti
detik santapan harian
pendorong pada sasterawan negara
tercetus idea luahan hati
terciptalah NOVEL INTERLOK

22.1.11

durjana







tika saat ku tersungkur
bumi persis pelangi
warna-warna cahaya bergempita
meraikan kegagalan seorang manusia durjana
manusia lalai dek putaran hidup
membenam hati kami ke sudut gelap

Akulah durjana itu
meragut minda kalian
kuseru kamu menjadi diriku
aku menyelubungi jiwa itu
diriku diseret tiada noktah
perhimpunan syaitan semakin berepisod

Akulah durjana itu
membunuh anak bangsa 
menyembah yang hitam itu
duniaku bahagia ditemani syaitan
belia remaja ku takluk 
gadis watan kujadikan boneka

Akulah  durjana itu
akulah pemimpin segala kejahatan

ATIKAH MUSTAPA

UPSI, TANJUNG MALIM


21.1.11

ruang itu








Ruang itu
dipenuhi warga egois
jiwanya disogok kejahatan
menentang kejujuran
pandangan megah terpamer bangga

ruang itu
ketandusan manusia beriman
menyaksikan satu pertarungan 
Adam dan Hawa kegersangan
melempiaskan nafsu agenda utama

ruang itu
mencari sudut kosong
menilai warga kini
tamadun hilang maruah tergadai

ruang itu
mahukan kebebasan
mahukan keberkatan
mahukan  manusia beriman
membimbing manusia kealpaan

ATIKAH MUSTAPA

UPSI, TANJUNG MALIM, PERAK

MALAM SURAM




siang melabuhkan tirai acara
berabad jiwa terasa kekosongan
malam menonjolkan rembulan
kembali menerangi malamnya
dia teguh menanti sinarnya
melewati waktu yang dinanti

sang semut mencucuk jasadnya
tidak setanding jiwanya yang dihiris
pisau perindunya terlalu ngilu
menyiat kulitnya satu persatu
Dia masih mampu bertahan
sebelum dijemput Sakaratul Maut


Dia tetap disini
menunggu perindunya mengubati jiwanya
menunggu pujaannya melafazkan madah kemaafan
menanti penuh teruja
menanti dan terus menanti
malam suram semakin menghampiri
malam suram semakin mendekati
wajahnya yang suram dibanjiri kerinduan

ATIKAH MUSTAPA

UPSI, TANJUNG MALIM, PERAK

20.1.11

HINDUSTAN DAHULU DAN KINI



SALAM SEMUA..

hari ini saya nak disuss pasal hindustan punyer story la..bukan ape..dulu memang hndustan ni menjadi kegilaan saya...sanggup habiskan masa tiga, empat jam sambil duk goyang kaki..makan jajan...
pastu siap nangis lagi..time lagu dia...fuyooo...siap bangun lagi aku..sampai kuarga aku dah xbleh kacau dah..ini time aku nak tgok hndstan..heheheh

itu dulu...
sekarang aku dah xsuker layan..
kalau akau layan..menyampah aku..
nak tahu kenapa aku xlayan??
sebab aku rasa macam orang bodoh plak..

jom kita check out!!!
kenapa aku tak suke hndustan zaman leni...
perbezaan besar dulu dan kini..
lets go to the party!!!!!!!!!!!!!!

HINDUSTAN DULU


PAKAIAN: TIDAK MENDEDAHKAN DAN MENGHAIRAHKAN


HINDUSTAN SEKARANG



sebab ni la...aku xsuker..merosakkan kepala aku jer..
hampeh..


klik kalau berani

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kite nak tunang..leh tlg support x??

My PoWEr RANgERS

My Blog List